CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5518|Reply: 0

Restoran Nasi Arab Rawani Hadramout, Gombak

[Copy link]
Post time 13-8-2015 11:12 AM | Show all posts |Read mode


Anda penggemar nasi arab? Pasti anda mencari-cari restoran yang menjanjikan keenakan nasi arabnya bukan? Mari bersama myselera mencari restoran nasi arab yang sedap di daerah gombak.
Rawani Hadramout Restaurant terletak di hadapan Idaman Sutera Condominium, Medan Idaman, Gombak, Kuala Lumpur.
Masuk je kedai, alunan lagu arab serta bau-bauan arab mengalu-alukan kedatangan kami.



Crew myselera mencuba hidangan yang diberi nama Lamb Mandy dan juga Chicken Mandy.


Menu ini dihidang bersama kuah dhal dan juga cili ala ala sambal belacan.
Chiken Mandy rasanya lebih sedap berbanding Lamb Mandy tetapi kedua-dua hidangan ini mempunyai kekuatan masing-masing. Chicken mandy bersama ayamnya yang lembut beserta rempah yang dimasak rata membuatkan ia setanding dengan restoran nasi arab lain. Lamb mandy juga tidak kurang istimewa. Daging kambing yang dimasak bersama rempah terasa hingga ketulang!
Jika sudah muak dengan nasi Mandy tidak menjadi masalah kerana restoran ini menyediakan hidangan lain yang menyelerakan seperti kebab, sandwich dan makanan yang bertemakan salad.
Harga bagi chicken dan lamb mandy hanyalah RM15 sepinggan. Berpatutan bukan? Nasinya yang sedia banyak sememangnya mengenyangkan kita perut orang Malaysia.

Pemilik restoran ini adalah seorang Muslim dan nama pemilik restoran ini ialah Mr Anwar dan anda boleh hubungi beliau ditalian 019-3243145 untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan.
Keseluruhannya Restoran Rawani Hadramout sangat sesuai bagi anda yang ingin merasai keenakan hidangan middle east di daerah gombak ini.
Alamat :
NO, 40 JALAN JERNAI (JALAN 6/21D), Medan Idaman Gombak,
53100 KL.
No Contact / No Telefon : 0193243145 / 03-40234404
Waktu Operasi : 10.00am – 12.00am http://www.rawanihadramawt.com
myselera.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036831 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list