CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1697|Reply: 0

Khasiat dan Cara Makan Telur

[Copy link]
Post time 17-8-2015 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Rupa-rupanya terdapat hadis yang  menyatakan kebaikan makan telur iaitu riwayat daripada al-Baihaqi yang  bermaksud :


"Sesungguhnya seorang nabi pernah mengadu kepada Allah tentang  kelemahan dirinya, lalu Allah memerintahkan agar baginda memakan telur." [Riwayat al-Baihaqi]

Pakar perubatan sepakat mengakui bahawa telur merupakan makanan yang  lengkap dan tinggi kandungan protein, lemak, vitamin, dan zat galian  serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh badan.

Ia amat sesuai dimakan bagi menambahkan kekuatan badan dan menjaga  kesihatan kerana mengandungi kalsium karbonat, magnesium, zat besi,  sulfur dan fosforus.

Allah swt. menjadikan komposisi telur amat unik sekali walaupun berada  di dalam bekas kulit telur yang bulat sejak di dalam rahim, ia mempunyai  dua bahagian yang terpisah iaitu putih telur dan kuning telur di  samping mempunyai fungsi yang berbeza pula.

Putih telur kurang diperlukan dalam perubatan dan kesihatan, tetapi  kuning telur lebih diperlukan oleh tubuh. Ia amat bermanfaat bagi  mengatasi masalah hati, otak, saraf, jantung dan dalam perhubungan suami  isteri.

Menurut Profesor Aman dalam Medical Secret of Your Food, kuning telur berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.

Penyakit Otak dan Saraf yang Boleh Diatasi

♥ Lemah daya ingatan

♥ Lemah daya tumpuan

♥ Tumpul minda

♥ Sering tertidur (mengantuk) semasa membaca atau melakukan pekerjaan yang membosankan.

♥ Badan dan urat saraf letih kerana memerah fikiran.

♥ Sering menguap

♥ Tidak minat bekerja

♥ Benci kepada kontradiksi (pertentangan)

♥ Tidak dapat mengawal amarah

♥ Lembab atau pasif

♥ Kanak-kanak degil
Cara Makan Kuning Telur

1. Campurkan kuning telur separuh masak dengan madu lebah

2. Tumbuh tujuh biji buah badam

3. Campurkan 1 dan 2

4. Makan setiap malam sebelum tidur

ada seorang kawan... kawanya ni ahli bina badan.. tiap2 hari dia  akan mengambil sekurang-kurangnya lapan biji telur untuk membina  otot-otot badannya.
Tetapi bagi orang biasa, pengambilan telur secara berlebihan akan  mengundang pelbagai penyakit. Setiap apepun makanan yang kita ambil  perlulah berdasarkan tahap keperluan badan kita.. sederhana itu lebih  baik.

sweet-ladybird
            

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.131927 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list