CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2269|Reply: 3

Anda Lebih Pentingkan Rakan, Sehingga Si Dia Makan Hati?

[Copy link]
Post time 18-8-2015 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Ramai wanita yang dikatakan makan hati kerana pasangannya lebih mengutamakan rakan-rakan berbanding dirinya mahupun anak-anak.


Ini kerana lelaki sebegini dilihat begitu obses dengan kehidupannya termasuklah perhubungan bersama rakan-rakan dan juga alam pekerjaan.


Mereka ini lebih mementingkan waktu melepak selepas kerja dan juga aktiviti luar seperti bersukan atau memancing sebagai contohnya. Sehingga kadang kala mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.


Sebenarnya, lelaki sebegini bukanlah buruk perangainya, namun terlalu baik dan berlembut hati dengan rakan-rakan. Ini menyebabkan dia menjadi pilihan rakan apabila sesuatu masalah menimpa mereka. Ada sahaja yang meminta tolong ini dan itu.


Kepada para wanita yang mengalami masalah ini, jangan mudah berputus asa. Sesungguhnya suami atau pasangan anda bukanlah seorang yang teruk, namun disebabkan terlalu obses dengan kerjaya, rakan-rakan dan kehidupannya, dia terlupakan tanggungjawab besarnya.




(Sumber foto: eharmony)




1. Sebagai isteri, anda cuba untuk berkompromi. Benarkan suami untuk keluar bersama rakan pada waktu tertentu.

2. Jadilah pendengar yang baik. Kadang kala anda terlalu mahukan kehendak anda didengari tanpa memperdulikan kehendak dan perasaan suami. Sama-sama luahkan perasaan demi kebahagiaan rumah tangga.

3. Jangan lupa berhias agar suami kekal menyayangi dan menghargai anda.

4. Tidak dilupakan doa agar suami lembut hatinya dan kembali menyayangi anda seperti dahulu. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 04:03 PM | Show all posts
malang jika dah berkahwin pun lelaki tu suka melepak dgn kawan smpi lupa anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 05:17 PM | Show all posts
alah isteri pun jangan nak bkepit lah 24 jam! kaki aku makan die..

lelaki pun jangan bangang sangat 24 jam nak lepak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:16 PM | Show all posts
benda macam ni dia ikut fasa. takkan selamanya suami tu nak melepak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.562880 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list