Pedas berlemak, ini adalah dua ciri unik masakan tradisi Negeri Sembilan. Namun biarpun pedas berapi, keenakannya yang tersendiri menjadikan kegemaran keluarga. Anda ingin mencuba? MW kongsikan 3 rahsia resepi tradisional masakan terkenal Negeri Sembilan. SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
Bahan-bahan: 1 ikat pucuk ubi ]
1 ikat pucuk labu ]
1 ikat daun kaduk ] dihiris halus
2 helai daun kunyit ]
3 batang serai ]
1 papan petai
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
½ biji kelapa – ambil santan
Cara membuat:
Satukan semua bahan dalam kuali. Gaul rata-rata.
Masak atas api perlahan hingga pekat. Sesuaikan rasa garamnya.
ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS Bahan-bahan:
500 batang keladi dan ubi
Segenggam ikan bilis
3 tangkai daun kesum
5 keping asam gelugur
5 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
½ inci belacan
5 biji cili merah
Cara-cara membuat:
Buang kulit batang dan ubi keladi. Potong kecil kemudian basuh dan toskan.
Masukkan batang dan ubi keladi,juga air ke dalam periuk. Tambahkan garam dan rebus sehingga ubi dan batang keladi empuk. Buang air dan toskan,
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, keladi dan lain lain bahan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
GULAI DAGING SALAI BELIMBING BULUH
Bahan-bahan: 1 kilo daging – disalai & dihiris nipis
1 biji kelapa – ambil santan
15-20 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
20 biji belimbing buluh – belah dua
Cara-cara membuat:
Tumbuk cili padi dan kunyit hingga lumat.
Satukan cili dan daging dalam periuk. Tambah satu cawan air dan rebus daging hingga lembut.
Masukkan santan dan biarkan kuahnya mendidih.
Akhir sekali masukkan belimbing buluh. Sesuaikan rasa garamnya sebelum dihidangkan.
RENDANG MAMAN Bahan-bahan: 3 ikat daun maman – asingkan daun dari batang keras
2 inci ikan kurau ]
10 gm ikan bilis ] ditumbuk halus
20 biji cili padi
1 inci kunyit
2 biji kelapa – ambil santan
Cara-cara membuat:
Daun maman direndam dalam air garam untuk menghilangkan rasa pahitnya. Kemudian tos.
Cili pada dan kunyit ditumbuk lumat.
Satukan cili, ikan kurau, ikan bilis dan santan. Kemudian masak hingga pecah minyak.
Masukkan maman dan biarkan santan kering.
Ya, inilah beberapa sajian kesukaan 'Nogoghi'. Kalau orang tersayang suka, anda boleh belajar sebab resepi ni memang lengkap! Selamat mencuba...