View: 1844|Reply: 0
|
Resipi Japenese Cotton Cheesecake
[Copy link]
|
|
Japenese Cotton Cheesecake merupakan kek yang lembut, penuh berkrim, gebu dan lembap!
Kek ini mempunyai meringue yang membuatkan ia cair dalam mulut anda! Lain daripada lain, kek ini menggabungkan dua gaya (Asia dan Amerika) dalam membuahkan kek yang menjadi kegilaan orang ramai.
Bahan-bahannya adalah:
Bahan A
250g Cream cheese
100ml Susu segar
50g Buttercup
Bahan B
60g Tepung gandum diayak
20g Tepung jagung
6 biji Telur gred A
140g Gula kastor/halus
Cara-cara:
1. Double boil bahan A dalam 10 minit, kemudian angkat dan terus kacau hingga sebati. Pastikan teksturnya licin dan tiada ketulan. Selepas itu, ketepikan, biarkan sejuk.
2. Asingkan putih telur dgn kuning telur. Pastikan tiada sedikit pun kuning telur tercampur dengan putih telur.
3. Pukul putih telur dgn kelajuan maksima hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga menjadi meringue (Tidak jatuh apabila diterbalikkan). Selepas itu, ketepikan.
4. Campur tepung gandum, tepung janung, telur kuning dan bahan A ke dalam satu bekas. Pukul perlahan hingga sebati.
5. Masukkan campuran nombor empat tadi ke dalam putih telur. Kaup dengan spatula atau senduk kayu sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama, asalkan sebati dan tidak boleh gunakan mixer.
6. Masukkan ke dalam loyang saiz 8 yang telah dilapik dengan kertas kek pada dasarnya, tepi dan sekeliling. Kertas di bahagian tepi mesti lebih tinggi daripada loyang kerana kek akan naik semasa bakar, kemudian turun balik separas loyang apabila sejuk.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-15 minit dgn suhu 170c. Bakar secara warm bath (masukkan air ke dalam tray), loyang tadi letak dalam tray berisi air tu.
8. Bakar selama sejam.
9. Apabila sudah masakm biarkan seketika. Apabila sudah sejuk, terbalikkan ketas lapik loyang itu.
Hidangkan dengan buah sseperti blueberry, strawberry dan lain-lain untuk menikmati rasa kesegaran kek ini.
Selamat mencuba!
wanista.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|