Jangan pelik kalau ada kawan cakap “Jom masak pancake guna periuk nasi” sebab fungsi periuk nasi tidak terhad kepada satu sahaja. Percaya atau tidak, ada yang buat kek coklat menggunakan periuk nasi lagi! Kali ini, Team Wanista ingin memberitahu pembaca bahan serta cara untuk mendapatkan pancake seperti di dalam gambar tersebut! Bahan-bahan (kalau mahu buat sendiri)
- 1 1/2 cawan susu segar
- 1 biji telur
- Dua sudu teh ekstrak vanila
- Dua cawan tepun naik sendiri
- 1/4 sudu teh soda bikarbonat
- 1/3 cawan gula kastor
- 25g mentega yang dicarikan
Ataupun anda hanya beli pancake mix, dan letakkan telur serta susu.
Cara-caranya adalah:
- Gunakan nonstick cooking spray atau sapukan mentega di dalam periuk nasi.
- Masukkan adunan ke dalam periuk nasi.
- Tekan butang ‘masak’.
- Tunggu sehingga masak dan hidangkan
Tips: Kalau anda memiliki periuk nasi yang mempunyai banyak fungsi, set kan masa selama 45 minit sehingga ia masak.
wanista.com
|