View: 2849|Reply: 4
|
Khasiat Ikan Mackerel Yang Anda Harus Tahu
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Pernahkah anda mencuba ikan mackerel? Memang ia lazim didapati dalam bentuk dalam tin seperti ikan sardin atau tuna.
Namun, ikan mackerel yang segar rasanya lebih enak dan manis. Antara resipi yang anda boleh lakukan ialah memanggang kerana isinya yang tebal membuatkan ia lebih terserlah dengan cara panggang tersebut. Jangan lupa perahkan limau nipis. Memang meletop!
Tahukah anda kelebihan ikan mackerel untuk kesihatan?
(Sumber foto: greatbritishchefs)
1. Melawan penyakit jantung
Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan baik untuk kesihatan jantung. Sekaligus mengurangkan risiko strok dan sakit jantung.
2. Kurangkan risiko diabetes
Ikan ini juga kaya dengan lemak sihat yang dikenali sebagai MUFA yang baik untuk mengawal kadar gula dalam darah. Menarik bukan?
(Sumber foto: Netmums)
3. Mengawal tekanan darah
Anda disarankan mengambil ikan ini jika mengalami tekanan darah tinggi. Ini kerana pengambilan secara harian mampu mengawal tekanan darah anda.
4. Mengurangkan sakit sendi
Mempunyai elemen anti-radang yang dapat mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah nampak pulak ikan ni kt pasar. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan nie diorang bt sardin |
|
|
|
|
|
|
|
org ckp ikan tongkol xtaula betul ke x sbb aku biasa beli yang tulis sardines jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|