|
Bahan A
1 biji jantung pisang
30gm tauge
200gm isi kerang
1 biji limau nipis (diperah)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan B (dihiris)
1 labu bawang besar
1 biji tomato
5 biji cili api
Bahan C (ditumbuk)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1sm belacan
Cara Memasak:
1. Kupas jantung pisang hingga ke kulit putihnya. Belah dua, bersihkan, dan rebus hingga empuk.
2. Apabila sudah empuk, hiriskan nipis-nipis.
3. Kemudian, tumbuk bawang merah merah, bawang putih, dan belacan hingga lumat.
4. Gaulkan jantung pisang, tauge, isi kerang, hirisan tomato, hirisan cili api, dan bahan yang ditumbuk sehingga sebati. Perahkan jus limau nipis.
5. Sedia dihidang.
kredit:majalah rasa
|
|