CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1849|Reply: 0

Resepi Ayam Masak Merah

[Copy link]
Post time 10-9-2015 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Sumber foto : www.delimazamrud.my



Ayam Masak Merah sememangnya hidangan wajib ada setiap kali kenduri-kendara. Kebiasaan ayam masak merah dimakan dengan nasi tomato namun boleh juga dimakan dengan nasi putih. Cara masakannya juga tidaklah sukar dan ayam masak merah boleh di kategorikan sebagai masakan simple kerana ia sudah tersedia dengan kuah yang pekat. Jom cuba resepi ini


Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4


Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 cawan santan (optional)
Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji
Bahan untuk ditumis :
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari
Cara Penyediaan:


Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang


Tips: Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanyamewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa.




Sumber : iresipi.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038792 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list