CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9992|Reply: 30

Penangan Maggi Ketam Power

[Copy link]
Post time 10-9-2015 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Penangan Maggi Ketam Power
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman
[email protected]


SELAIN maggi ketam power, terdapat juga maggi udang galah dan maggi gearbox.

Pasti ramai yang tidak percaya atau menjangka gabungan mi segera maggi dan ketam mampu memikat selera apabila digabungkan bersama-sama.

Bagi yang belum mencuba atau tidak yakin dengan menu itu, pastikan anda cuba dan menikmati resipi rahsia disediakan pemilik Restoran Maggi Ketam Power di Puchong, Selangor.

Pemiliknya, Norfazilah Jusoh, 36, berkata, menu maggi ketam power menggunakan pes yang dicipta sendiri selepas mencuba beberapa bulan.

“Saya mencuba berkali-kali untuk mendapatkan pes yang terbaik bagi memastikan pelanggan menikmati hidangan yang lazat,” katanya.

Ketika penulis mencuba maggi ketam power, baru-baru ini, rasanya memang lain, ditambah dengan ketam segar yang dimasak bersama kuah yang me­nyelerakan.

Berbeza dengan maggi ketam lain yang penulis cuba, kuahnya pekat dan menghasilkan rasa yang unik dan sedap.

Rasanya pedas diselang-seli dengan rasa masin manis cukup menyelerakan dan perahan limau kasturi melengkapkan hidangan itu.

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan pes kuah itu ialah bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili dan udang kering.

Selain maggi ketam yang menjadi pilihan pelanggan, Restoran Maggi Ketam Power turut terkenal dengan maggi udang galah dan terbaru, maggi gearbox.

Ketiga-tiga menu itu menggunakan pes yang sama dan hanya berbeza daripada jenis protein yang digunakan.

Dia yang mengusahakan restoran itu bersama suaminya, Mohd Azmanizam Bahruddin berkata, selain maggi terdapat hida­ngan nasi goreng ketam dan udang galah.

Dia tidak menyangka sambutan pelanggan di luar dugaan walaupun minggu pertama restoran itu dibuka.

“Bagi harga promosi untuk hidangan maggi ketam power ialah RM14 semang­kuk dan kami menyediakan pengetuk serta penyepit bagi memudahkan pelanggan,” katanya.

Restoran Maggi Ketam Power turut menerima tempahan katering untuk pelbagai jenis hidangan.

Beroperasi pada jam 4 petang hingga 2 pagi, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Nor Fazilah atau terus ke restoran itu di 234 Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Luar, Batu 13, Puchong, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 5:25 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76417
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
igt kat ganu je femes maggi ketam ni..nk try jgk klu sdp..

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ok esok g
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
maggi gear box mcm menarik tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:49 PM | Show all posts
Tak overprice ke maggi macam tu rm 14?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:03 PM | Show all posts
jasmeen replied at 10-9-2015 08:49 PM
Tak overprice ke maggi macam tu rm 14?

kl yols...nk dpt rm8 pegi lah gua musang, kampung sis @famri7
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2015 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah.kat ganu rm15.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:12 PM | Show all posts
jasmeen replied at 10-9-2015 08:49 PM
Tak overprice ke maggi macam tu rm 14?

keywordnya bukan maggi, tapi ketam sis...KETAM
nak murah kena tunggu china mainland cipta ketam tiruan dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 09:13 PM | Show all posts
dh start trend megi ketam plak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya makan mau berpinar mata kena darah tinggi pas makan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Di perkampungan akak ada maggie tiram yang tersohor sekarang, tiram pun heshe mmg guna tiram lokal yg fresh, selain maggie tiram ada nasi goreng dab telur dadar tiram jua. Isi
Tiram nya mmg bersepah la sis . puas hati makan.

Tiram mentah ada juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
olafhul replied at 10-9-2015 09:13 PM
dh start trend megi ketam plak?

Di kl jah kot baharu nak up.
Di kelantan dah berkurun pop.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:23 PM | Show all posts
Changa replied at 10-9-2015 09:20 PM
Di kl jah kot baharu nak up.
Di kelantan dah berkurun pop.

murah tk kat kelantan? mana syok. maggi ketam / maggi tiram?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:31 PM | Show all posts
Edited by Changa at 10-9-2015 09:35 PM
olafhul replied at 10-9-2015 09:23 PM
murah tk kat kelantan? mana syok. maggi ketam / maggi tiram?

bergantung kepada kuah la kot.

maggi tiram akak tak suka sangat sbb kuah di terlebih manis gitu, setahu akak konsep tiram ini kat satu kedai itu jah yg pop di kelantan dan mcm baharu lagi.
namun akak suka nasi goreng tiram nya.

murah ke mahal bergantung kepada kedai dan harga pasaran semasa ketam.

tempat akak selalu makan itu heshe guna ketam nipah, harga ikut pasaran dan berat.
tak semestinya satu porsi maggie sekor ketam jah, normally at least 2 ekor kot or 1 1/2?, ada udang sotong bagai lagi.
time murah below RM20 pun ada, time mahal RM30 pun ada sis.
so bergantung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:51 PM | Show all posts
kentel replied at 10-9-2015 01:03 PM
kl yols...nk dpt rm8 pegi lah gua musang, kampung sis @famri7

Since gua musang tanah tumpah terchenta terletak dkt banjaran titiwangsa,, saya syak rm8 tuh maggi kelawar pprt jah sis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 10-9-2015 09:51 PM
Since gua musang tanah tumpah terchenta terletak dkt banjaran titiwangsa,, saya syak rm8 tuh maggi ...

Ummah mana yang makan maggi kelawar ni? Ummah jinjang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 09:56 PM | Show all posts
Changa replied at 10-9-2015 01:31 PM
bergantung kepada kuah la kot.

maggi tiram akak tak suka sangat sbb kuah di terlebih manis gitu ...

Last year saya borong ketam nipah dkt jambatan smerak,tepi tok aman bali harga dia dlm rm27 sekilo,ada dlm 8-9 ekor ketam jah sis.Kalau yang besat dalam 34 sekilo ada dalam 5-6 ekor jah...kiranya murah lah boleh buat seperiok besar meggi ketam dgn sekilo ketam..agak murah ketam di tok bali.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:56 PM | Show all posts
Changa replied at 10-9-2015 09:31 PM
bergantung kepada kuah la kot.

maggi tiram akak tak suka sangat sbb kuah di terlebih manis gitu ...

thank you sis. nnt bebile trlajak ke kelantan blh la cari maggie tiram.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:59 PM | Show all posts
rospinki replied at 10-9-2015 09:15 PM
Takutnya makan mau berpinar mata kena darah tinggi pas makan.

Itu psikologi aje. Silakan...silakan makan


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-9-2015 09:59 PM
Itu psikologi aje. Silakan...silakan makan

Ooo bahye..maggi dh lengkap garam msg..pstu ketam bagai lagi..menempah namanya. Tapi silakan la makan tekak memasing.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.069579 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list