CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 0

Resepi Mudah Brownies Tanpa Tepung!

[Copy link]
Post time 11-9-2015 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Siapa yang tidak sukakan coklat apatah lagi brownies. Semua orang sukakannya. Hari ini Wanista ingin kongsikan satu resepi mudah brownies tanpa menggunakan tepung.
Bahan-bahan:
  • 75 gram mentega tawar, potong kiub
  • 250 gram dark chocolate
  • 15 gram serbuk coklat
  • 2 sudu teh ekstrak vanila
  • 250 gram gram gulah halus
  • 4 butir telur
  • 100 gram badam

Cara penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sediakan loyang, alas kertas roti dengan saiz 20,5 X 20,5 cm.
  • Mentega dan coklat dicairkan, gunakan api kecil, teruskan kacau.
  • Setelah sempurna, angkat dan tambahkan serbuk coklat, gula dan vanila. Aduk rata.
  • Tambah telur ke dalam adunan tersebut, kacau sebati. Tambah badam dan adun rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan. Panggang selama 25 hingga 30 minit.
  • Angkat dan sejukkan selama 1 jam sebelum dipotong. Potong bentuk cube.
  • Tambah telur ke dalam adunan tersebut, lalu disebat. tambah pula badam, aduk rata.
wanista




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list