CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1380|Reply: 0

Ketahui 6 Sebab Durian Baik Untuk Kesihatan Anda!

[Copy link]
Post time 11-9-2015 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Jangan bergantung kepada baunya yang kuat itu sahaja, rasanya tidaklah seperti yang anda fikirkan.
Teksturnya yang lembut dan berkrim tidak kira jenis durian yang anda minati pasti akan membuatkan anda inginkannya sekali lagi!
Mungkin fakta ini membuatkan anda musykil, tetapi mari kita lihat 6 sebab kenapa ia baik untuk kesihatan anda!
Antaranya adalah:
1. Memberikan tenagaSeperti buah-buahan tropikal lain seperti pisang, avocado dan nangka, durian adalah sumber tenaga yang baik. Sebiji buah ini akan merangkumi 20 peratus karbohidrat yang anda perlu dalam sehari. Jadi, cas tenaga kembali dengan menikmati durian yang lazat ini!
2. Menguatkan tulang dan gigiSiapa pernah terfikir yang buah ini akan menguatkan tulang? Kaya dengan potasium, kalsium dan vitamin B, tidak ragu lagi bahawa durian ini memberi manfaat kepada badan.
Potasium adalah keperluan untuk membangunkan kesihatan tulang yang pastinya kalsium tersebar ke tulang dengan betul dan, tidak akan larut atau dilepaskan ke dalam darah secara berlebihan.
3. Memperlahankan proses penuaanKelihatan muda sentiasa dengan menikmati durian! Mungkin impian ini melangkaui realiti, tetapi makan durian dengan jumlah yang secukupnya akan merangsang badan anda untuk menghilangkan ‘free radicals’; dan memperlahankan proses penuaan – simptom seperti kedutan, age spots, keguguran rambut dan rambut beruban.
Mengandungi Vitamin C (berfungsi sebagai anti-oksidan)! Dan ia juga menambah kandungan air yang akan mengurangkan kekeringan kulit dan membiarkannya clear dan smooth.
4. Ubat anti-depresi semulajadiKekal ceria dengan menikmati durian!
Kajian menunjukkan depresi boleh terbentuk jika kita kekurangan serotonin. Cuba teka? Durian kaya dengan Vitamin B6 – merupakan vitamin yang diperlukan untuk menghasilan serotonin!
5. Ubat tidur semulajadiTidak boleh tidur malam? Ini merupakan berita baik untuk anda: Tahukah anda bahawa durian adalah ubat tidur semulajadi?
Mengandungi tryptophan amino yang tinggi, kimia ini bertukar kepada serotonin apabila ia memasuki bahagian otak, membentukkan rasa tenang dan kebahagian dan mengurangkan rasa bimbang dan tidak boleh tidur.
6. Memperbaiki sistem pencernaanSeperti buah betik, durian juga memiliki serat dietry yang tinggi membantu mengurangkan pergerakan bowel. Maksudnya, anda akan kurang terkena sembelit dan memperbaiki sisterm pencernaan.
Selain itu, jumlah vitamin B1 dan vitamin B3 di dalam durian dapat meningkatkan selera anda sementera mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
Apa lagi, jom kita berpesta durian!


wanista




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.044598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list