Selain dari menggunakan daging kisar, anda juga boleh gantikan dengan daging yang di hiris halus
Sandwich Ala Burger
Oleh: Lany Azman - RASA
Tarikh: 11 Februari 2015
BAHAN-BAHAN:
- Daging kisar
- Rosemary / herba
- Lada hitam
- 2 keping Keju
- English muffin
- 2 biji telur
- Sos perasa
CARA-CARANYA :
- Gumpalkan daging kisar berbentuk bulat sehingga kelihatan seperti daging burger.
- Kemudian panaskan kuali leper dengan mentega dan taburkan sedikit herba lalu bakar daging hingga garing.
- Letakkan keju di atas daging dan biarkan ia cair.
- Panaskan english muffin dengan mentega dan tunggu sehingga permukaannya garing.
- Goreng telur dalam kuali yang berbeza dan taburkan lada hitam.
- Kemudian letakkan telur di atas keju yang menyaluti daging dan mula hiasi sandwich mengikut kreativiti kamu.
rasa
|