Boleh juga gantikan sosej dengan daging ayam atau daging kisar, mengikut citarasa anda.
Tauhu Kering Berinti
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji tauhu kering
- 1 tangkai daun sup | dihiris halus
- 3 batang sosej | dicincang halus (boleh juga menggunakan daging ayam atau daging kisar ikut kreativiti)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gunting permukaan tauhu bentuk silang. Potong dengan cermat dan terbalikkan tauhu (bahagian isi tauhu di luar) secara perlahan-lahan.
- Trim isi tauhu di bahagian luarnya dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian, gaulkan isi tauhu tadi dengan daun sup dan sosej yang telah dicincang, masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.
- Masukkan inti ke dalam bekas tauhu dan padatkannya supaya inti tidak keluar ketika digoreng.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu hingga garing. Angkat dan hidangkan bersama sos cili. Sedia dinikmati.
rasa
|