|
BAHAN-BAHAN:
- 150gm pasta Spageti
- 10gm cendawan Shitake | dihiris
- 3gm lada Benggala hijau dan merah | dipotong dadu
- 3gm seleri | dipotong dadu
- 3gm bawang besar | dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 2gm oregano kering
- 30gm kepingan ayam salai
- 30gm krim
- 30ml susu segar
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cendawan Shitake, lada Benggala, seleri, oregano kering dan juga kepingan ayam sehingga kekuningan.
2. Masukkan susu segar bersama krim dan kacau sehingga sebati.
3. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Gaulkan rata.
4. Apabila kuah nampak pekat, angkat dan hidangkan.
rasa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|