|
BAHAN-BAHAN:
- 180gm mi Tuaran
- 30gm isi ikan
- 1 biji telur
- 2 ulas bawang putih | diketuk
- 5gm sawi | dipotong kecil
- 3 batang jagung kecil | dipotong serong
- ½ biji lada Benggala merah
- ¼ biji lada Benggala hijau
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng mi Tuaran sehingga garing dan kekuningan. Angkat dan tos. Rendamkan ke dalam air sejuk. Tos sekali lagi.
2. Seterusnya panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga garing.
3. Kemudian masukkan telur dan isi ikan. Kacau rata.
4. Setelah itu, masukkan pula sayur-sayuran dan lada Benggala merah serta hijau. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, masukkan mi Tuaran dan perasakan secukupnya. Kaup balikkan dan sedia untuk dihidangkan.
rasa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|