View: 1494|Reply: 0
|
5 Idea Masak Paling Sesuai Untuk Bayi Comel
[Copy link]
|
|
Ibu muda mesti kena ambil tahu lebih kalau bab pemakanan bayi, terutama cara masak. Menyediakan sendiri makanan bayi tidak sukar. Asalkan anda tahu cara memilih bahan, mengolah dan menyimpan agar kualitinya terjaga.
Ok, kita lihat cara yang sesuai untuk memastikan khasiat makanan bayi terjaga:
1. Kukus Cara ini boleh mempertahankan kesegaran rasa dan khasiat makanan. Air mendidih daripada proses mengukus boleh dimanfaatkan sebagai sup atau bahan perasa untuk membuat puri.
2. Rebus Jangan pula sampai khasiat hilang. Memasak bahan makanan dalam air hingga mendidih akan melarutkan kandungan nutrisi bahan makanan terutama jenis vitamin B dan C. Kehilangan nutrisi boleh diminimumkan dengan menggunakan air secukupnya. Sup atau air rebusan sebaiknya dimanfaatkan dalam pembuatan makanan bayi.
3. Stew Cara ini boleh mempertahankan kandungan nutrisi bahan makanan berbanding merebus. Hanya tambah sedikit air, tutup periuk dan biarkannya masak di atas api kecil.
4. Panggang Memasak di dalam ketuhar juga berupaya menjaga kandungan nutrisi makanan. Lebih baik lagi jika bahan makanan dipanggang dalam bekas tertutup. Jenis bahan makanan bayi yang boleh dipanggang seperti kentang.
5. Masak api perlahan Kalau ada banyak masa atau rajin anda berganda, boleh cuba cara ini. Memerlukan enam hingga lapan jam dengan menggunakan kaedah ‘slow cooker’. Sesuai untuk membuat makanan bayi yang sangat lembut. Eloklah kalau anak baru belajar nak makan.
Sebenarnya makanan bayi seeloknya disajikan segar dan segera setelah dimasak. Tetapi bagi ibu yang bekerja, pastinya ini jadi satu masalah. Jadi sesekali anda boleh membuat makanan bayi dalam jumlah banyak dan menyimpannya dengan kaedah pembekuan. Kira ok daripada anda beli makanan yang dah siap di pasar raya.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|