Beras pulut dan pulut hitam sebaiknya direndam dengan daun pandan selama lebih kurang enam jam.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 200gm beras pulut
- 100gm pulut hitam
- 150ml santan pekat
- 150ml air
- 1 helai daun pandan | diikat
- Garam secukup rasa
BAHAN B:
- 200ml air
- 200ml santan pekat
- 140gm gula
- 40gm tepung jagung
- 40gm tepung gandum
- ½ sudu teh garam
- Pewarna hijau secukupnya
- Perasa pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan A, masukkan santan, air garam dan daun pandan ke dalam beras pulut. Kacau rata dan kukus sehingga masak. Keluarkan pulut dan tekan sehingga mampat. Kukus lagi selama lima minit. Ketepikan.
2. Seterusnya untuk bahan B, satukan kesemua bahan di dalam periuk dan didihkan sehingga menjadi pekat.
3. Akhir sekali, tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus semula sehingga pulut dan sekaya masak sempurna.
4. Sejukkan sebelum dipotong. Sedia dimakan
rasa
|