Masak maggi memang dianggap mudah dan merupakan makanan paling cepat disediakan. Kebiasaannya apabila memasak maggi kita akan rebus atau goreng tanpa sayur dan bahan-bahan lain. Kali ini, apa kata kita cuba masak maggi kari goreng ala mamak. Pasti sedap!
Bahan-Bahan
1 peket maggi kari
1/2 peket perencah kari
1 ulas bawang putih dipotong dadu
2 biji bawang merah dipotong dadu
1 biji cili padi dihiris
sebiji telur
sawi secukupnya
Cara Membuat
1. Rebus mi dahulu sampai kembang
2. Panaskan minyak
3. Tumis bawang merah ,bawang putih & cili padi
4. Masukkan sedikit air
5. Masukkan perencah kari
6. Masukkan mi segera & kacau rata
7. Masukkan sayur & telur. Gaul sebati.
8. Siap untuk dimakan.