Sedapnya masakan kuih tradisional, dengan rasa lemak-lemak manis yang disebatikan dengan inti kelapa memang puas hati kalau dapat buat sendiri. Sempena cuti hari ini, bolehlah anda curi masuk ke dapur sediakan menu istimewa buat insan tersayang. Jom cuba!
Bahan-bahannya:
½ biji labu
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
100 gm gula
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya – layur
Bahan inti:
Kelapa parut
Sedikit garam
Cara-cara menyediakannya:
1. Bersihkan labu dan kemudian rebus sehingga empuk. Lenyek kan sehingga hancur.
2. Campurkan tepung dan gula.
3. Campurkan dengan santan pekat dan gaul rata.
4. Letakkan dua sudu adunan atas daun pisang dan ratakan.