Pastikan semasa menggorengtempura minyak benar-benar panas dan digorengmenggunakan kaedah goreng terendam.
BAHAN-BAHAN:
- 400 gm tepung tempura
- 1 biji telur | ambil setengah bahagian kuning telur
- Sedikit air sejuk
- 100 gm lobak merah | dihiris halus memanjang
- 4 biji cendawan shitake
- 1 biji bawang besar
- 5 ekor udang harimau | dicincng kasar
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung tempura dengan separuh kuning telur. Gaul rata.
2. Kemudian tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga separuh cair atau seperti membuat adunan tepung pisang goreng.
3. Campurkan semua bahan seperti lobak merah, cendawan shitake, bawang besar dan udang harimau ke dalam adunan tepung.
4. Gaul rata dan sudukan ke dalam kuali yang mengandungi minyak yang panas.
5. Goreng sehingga garing dan sedia untuk dinikmati.
-rasa-
|