Edited by CARI-IIN at 21-9-2015 04:53 PM
Oleh Izzah Abbasy
Suka makan mi? Selalu makan kat mana? Biasa dengar kan Boat Noodle? Apa yang menarik sangat kat situ? Ramai yang telah berkongsi pengalaman ke sana. Sedap sangat ke? Mari, kita intai.
Oh, rupanya banyak cawangan. Jadi, bolehlah pilih tempat yang berdekatan dengan anda.
Yang istimewanya, anda boleh makan sebanyak mana mi mengikut citarasa anda. Sebiji mangkuk mi, sedikit sahaja. Jadi, anda perlu memesan lebih 4 biji mangkuk supaya anda tersandar kekenyangan dengan puas. Ada pelbagai jenis bahan yang boleh anda pilih seperti bebola, daging, ayam, sup mahupun mi yang kering.
Harga sebiji mangkuk mi ini hanya RM1.90. Murah kan? Jom, kita tengok gambar yang nitizen telah kongsikan di laman google ini. Tercabar anak tekak melihatnya. - CARI Infonet
|