Sekarang macam-macam jenis kuih moden yang ada kedai tetapi kali ini anda boleh cuba buat menu petang yang paling ringkas dan sedap dengan rahsia orang lama. Jom cuba buat Lempeng Pisang yang wangi ini...
Bahan-bahannya:
6-7 biji pisang
100 gm gula pasir
10 gm garam
½ biji kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)
150 gm tepung gandum
Sedikit minyak masak
Daun pisang
Cara-cara menyediakannya:
1. Lenyek pisang hingga hancur.
2. Campurkan dengan tepung, gula dan sedikit garam. Gaul sebati.
3. Letakkan sedikit adunan atas daun pisang dan ratakan.
4. Letakkan kelapa parut di tengah-tengahnya.
5. Letakkan sedikit lagi adunan di atas kelapa dan ratakan.
6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan letakkan adunan berserta daun pisang. Biarkan sehingga masak.
7. Balikkan bahagian yang satu lagi dan biarkan masak. Ok, inilah hasilnya.