View: 1689|Reply: 0
|
4 Inti Pai Paling Meleleh
[Copy link]
|
|
Tidak perlu bersusah payah ke pasar raya atau ke pasar, gunakan apa sahaja yang ada di dapur dan peti ais. Mungkin masih berbaki serunding daging atau ayam mahupun sambal udang atau bilis. Semuanya boleh dijadikan inti, anda hanya perlu menyediakan pastrinya saja. Idea yang baik, jom cuba!
PAI SARDIN
Bahan pastri:
250 gm tepung gandum
200 gm mentega
100 ml air sejuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
Bahan inti:
6-8 tangkai cili kering-kisar
1 ulas bawang putih- kisar
1 biji bawang merah-kisar
1 biji bawang besar-hiris dadu
1 tin sardin mackerel –tos kuah
Asam, garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara membuat :
Pastri:
1. Campurkan kesemua bahan pastri kecuali air.
2. Gaul rata semua bahan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum dicanai untuk kulit pai.
5. Terapkan doh dalam acuan kecil dan bakar hingga kekuningan.
Inti pai:
6. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
7. Masukkan sardin yang telah dihancurkan, air asam, garam dan gula secukupnya.
8. Kacau rata sehingga kering. Tutup api dan tos.
9. Masukkan isi sambal sardin kulit pai dan tutup dengan lapisan doh di atasnya.
10. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 180C.
PAI KENTANG BAKAR
Bahan pastri:
250 gm tepung gandum
200 gm mentega
100 ml air sejuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
Bahan inti :
3 biji kentang- kupas kulit dan rebus
400 gm isi ayam dikisar
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam dan serbuk oregano
Cara membuat:
Pastri:
1. Campurkan kesemua bahan pastri kecuali air.
2. Gaul rata semua bahan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum dicanai untuk kulit pai.
5. Bentuk kulit pai dengan acuan sesuai dan bakar hingga kekuningan.
Initi pai:
6. Lenyek kentang rebus semasa panas-panas, ketepikan.
7. Panaskan minyak, masukkan isi ayam, tambah garam dan serbuk oregano dan kacau sebati.
8. Tutup api dan masukkan ke dalam kulit pai yang telah dibakar.
9. Ratakan isi ayam dan tutup dengan lapisan kentang lenyek di atasnya.
10. Bakar lebih kurang 15 minit dengan kepanasan 180 C.
Tip: Selain isi ayam, anda juga boleh tukar dengan isi tuna.
PAI BUAH-BUAHAN
Bahan pastri:
250 gm tepung gandum
200 gm mentega
100 ml air sejuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
Bahan inti:
1 tin koktel buah-buahan -tos
100 gm tepung kastard
150 ml susu cair untuk puding kastard
100 ml susu cair- untuk sos
100 ml air
50 gram gula
Cara membuat:
Pastri:
1. Campurkan kesemua bahan pastri kecuali air.
2. Gaul rata semua bahan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum dicanai untuk kulit pai.
5. Terapkan doh dalam acuan kecil dan bakar hingga kekuningan.
Inti pai:
6. Campurkan susu cair, susu cair, air dan gula.
7. Panaskan dalam kuali dan kacau rata sehingga adunan kastard menjadi kental dan angkat.
8. Masukkan kastard dalam beg piping, kemudian paipkan di dalam kulit pai yang telah siap dibakar. Tuangkan isi koktel buah-buahan di atasnya dan sejukkan dalam peti ais.
9. Semasa menghidangkannya tuangkan susu cair di atasnya.
Tip: Selain kastard anda boleh tukar dengan jagung sebagai lapisan bawah koktel.
PAI KARI AYAM
Bahan pastri:
250 gm tepung gandum
200 gm mentega
100 ml air sejuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
Bahan inti:
200 gm isi ayam -cincang
1 biji kentang- potong dadu kecil
2 ulas bawang putih- di mayang halus
1 biji bawang besar –cincang halus
1 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk rempah kari
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit air
Cara membuat:
Pastri:
1. Campurkan kesemua bahan pastri kecuali air.
2. Gaul rata semua bahan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum dicanai untuk kulit pai.
Inti pai :
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah, masukkan rempah kari, kacau rata.
6. Masukkan isi ayam cincang, kentang dan sedikit air, kemudian kacau rata.
7. Masukan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Setelah masak, tos dan biarkan sejuk seketika.
9. Letakkan inti di atas doh yang telah dicanai.
10. Tutup doh dengan satu lapisan doh lain di atasnya.
11. Kemaskan tepian pai dengan garpu dan sapukan kuning telur di atasnya.
12. Bakar selama 25 minit dalam kepanasan 180 C.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|