Pastikan loyangdiletakkan minyak terlebih dahulu ketikahendak mengukus. Ini bagi mengelakkanadunan melekat selepas diangkat.
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm tepung pulut
- 400 ml santan
- Secubit garam
BAHAN GAUL:
- 120 gm kacang tanah | digoreng dan dikisar kasar
- 210 gm gula perang
(Campurkan kedua bahan ini)
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tepung pulut bersama santan dan garam hingga menjadi doh yang lembut.
2. Letakkan di dalam loyang yang siap disapu minyak.
3. Kukuskan adunan selama 30 minit.
4. Setelah masak angkat dan sejukkan seketika.
5. Tarik kuih dengan garfu dan guntingkan kuih sepanjang dua inci.
6. Lumurkan kuih yang ditelah dipotong ini dengan bahan gaul.
7. Sedia dihidangkan.
|