|
BAHAN-BAHAN:
- 750gm tepung kek
- 250gm mentega tanpa garam
- 5gm garam
- 500gm gula
- 7 biji telur
- 60gm baking powder
- 500ml susu segar
- ½ sudu teh esen vanila
- 960gm pes kaya
- Kepingan coklat sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula, garam dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
3. Selepas itu masukkan tepung kek dan baking powder. Kacau hingga rata.
4. Masukkan susu dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam cawan mufin.
6. Tuangkan pes kaya di tengahnya. Hias dengan kepingan coklat dan bakar pada suhu 180ºC selama 25 hingga 30 minit.
-rasa-
|
|
|
|
|
|
|
| |
|