View: 1932|Reply: 0
|
Hilangkan Hamis Kambing Dan Lemak
[Copy link]
|
|
Daging pastinya mempunyai sedikit bau terutamanya daging kambing yang agak berbau hamis. Bau hamis sudah tentu membuatkan selera untuk makan akan terganggu. Namun usah pening kerana ada caranya untuk menghilangkan bau hamis daging ini. Jom cuba cara dibawah :
Buang Lemak pada daging :
1. Cuci daging atau ayam dahulu agar bersih.
2. Perapkan daging atau ayam tadi dengan tepung gandum.
3. Biarkannya terperap dalam tempoh 30 minit ke 1 jam.
4. Kemudian, barulah anda boleh memasak daging tersebut.
Ini kerana, lemak daging tersebut memang akan berkurang semasa anda memasaknya.
Mengurangkan Bau Hamis Kambing :
1. Masukkan tepung gandum ke dalam air anggaran secawan. Lepas tu rendam kepingan kambing ke dalam bekas/besen.
2. Cuci hingga bersih segala tepung pada kepingan daging.
3. Kemudian perahkan jus lemon ke atas kepingan daging. Biarkan selama setengah jam.
4. Sekiranya daging kambing hendak digunakan untuk masakan barat, bilas dengan cara lalukan daging kat air paip. (Aroma lemon dan rasa masam-masam sikit akan menambah kelazatan masakan barat tersebut. Sekiranya daging kambing hendak di masak dengan resepi tradisional hendaklah dicuci bersih.) |
|
|
|
|
|
|
| |
|