Ola Bola merupakan sebuah filem sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee,Luqman Hafidz,Marianne Tan,Katrina Ho,Bront Palarae dan Frankie Lee. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem ini dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada tahun 2016.
Pelakon :-
JC Chee sebagai Tauke
Luqman Hafidz sebagai Ali
Marianne Tan
Katrina Ho
Bront Palarae
Frankie Lee
Produksi :-
Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru.Pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014 ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem ini hasil gambar selfie-nya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan didalam resume-nya. Pihak produksi (Astro Shaw) telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pengambaraan di Stadium Merdeka.Filem ini menggunakan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
Dari Stadium Merdeka Majlis Pelancaran filem #OlaBola yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan pengarah dari filem #TheJourney yang akan menemui penonton semua di pawagam awal tahun 2016 . Filem yang akan #KembalikanKeyakinan kita.
KUALA LUMPUR : Selepas kejayaan filem The Journey pada tahun 2014, kini pengarahnya, Chiu Keng Guan kembali dengan buah tangan terbarunya berjudul OlaBola.
Judulnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton mengaitkannya dengan sukan bola sepak dan bagi menambahkan sentimen emosi dalam filem ini, sebuah lagu dihasilkan untuk dijadikan pelengkap.
Istimewanya, penyanyi dan penulis lagu yang kini sedang menempah nama di negara Amerika Syarikat, Zee Avi dipilih sebagai penyanyi lagu tema utama filem OlaBola yang bertajuk Arena Cahaya. Arena Cahaya dihasilkan oleh Zee bersama sahabat baiknya, Rendra Zawawi yang juga kini berada di Amerika Syarikat.
Zee bukan sahaja menyanyikan lagu ini tetapi dia turut terbabit dalam susunan muzik. Menurut Zee, dia berasa teruja dan berbesar hati apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan pengarah berbakat besar, Chiu. "Sememangnya saya amat meminati hasil karya Chiu. Apabila Chiu menghubungi saya melalui laman sosial Facebook dan meminta saya untuk menghasilkan lagu tema utama filemnya, saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang," katanya.
Zee menjelaskan, lagu berkenaan ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris bagi menggambarkan Malaysia negara yang mempunyai pelbagai bangsa. "Saya berharap agar lagu ini mampu memupuk semangat dan mengembalikan sorak juang rakyat Malaysia," kata Zee. Pengarah filem OlaBola, Chiu Keng Guan berkata, pemilihan Zee sebagai penyanyi lagu tema utama filem OlaBola adalah kerana bakatnya dalam menghasilkan lagu yang segar dan mengikuti aliran semasa.
Tambahan pula, kehadiran Zee dalam industri muzik tanah air sememangnya diterima oleh peminat di Malaysia. Chiu juga mengagumi perjalanan karier Zee dalam industi muzik di mana Zee bermula hanya dengan video nyanyian menerusi laman YouTube sehingga berjaya menjadi artis Malaysia pertama yang menembusi carta US Billboard Hot 200 dan itu ternyata menjadi inspirasi buat semua. Sewaktu sesi pembikinan lagu ini, Zee telah pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Chiu bagi menonton dan menghayati filem OlaBola. Meskipun hanya menyaksikan sedutan klip dari filem itu, Zee akui bahawa filem ini berjaya membuat hatinya tersentuh dengan jalan cerita serta lakonan mantap oleh setiap pelakon dan itu memberi dorongan buatnya untuk menulis sebuah lagu yang mampu menterjemahkan sentimen filem berkenaan.
Pembikinan lagu Arena Cahaya ini mengambil tempoh masa satu bulan dan lagu ini dihasilkan dengan lirik yang penuh makna dan mampu menyentuh emosi. Menariknya, apabila kali pertama Chiu mendengar lagu ini setelah ia dihasilkan, Chiu terus berpuas hati tanpa ada perubahan lirik serta alunan muzik dan merasakan lagu ini sememangnya sinonim dengan filemnya. Lagu Arena Cahaya sudah mula dimainkan menerusi radio ERA FM, Sinar FM, hitz FM, MIX fm, Lite FM, THR Gegar, THR Raaga, MY FM dan MELODY FM. OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini memaparkan semangat juang sebuah pasukan bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam kesungguhan untuk mengharumkan nama negara. Filem bergenre drama ini juga turut mengetengahkan nilai-nilai perpaduan yang mampu mendorong rakyat Malaysia sama-sama mencapai impian. OlaBola bakal menemui penonton di layar perak pada awal tahun 2016.
Teringin nak tengok sebab perlawanan akhir sebelum masuk olimpik tu memang dramatik gile in real life.Harapnye lagi dramatik dalam filem.
Lagipun agak yakin dengan pengarah. Hehe