Mula ditayangkan 22 October 2015. Sape da tgk? Tp kenapa x byk pilihan cinema yg tyg ek?
Setiap filem komedi seharusnya mempunya cara tersendiri untuk menghubungkaitkan watak hero dan heroin. Filem Love, Supermoon ini menggunakan “gosip” sebagai medium yang menghubungkan hero dan heroin filemnya. Tarikan utamanya adalah apabila kita boleh melihat perbezaan antara cara lelaki dan wanita bergosip sesama mereka menerusi filem ini.
SINOPSIS LOVE, SUPERMOON
Filem Love, Supermoon mengisahkan tentang hero dan heroin yang menjalani kehidupan masing – masing dan hanya bertemu di majlis perkahwinan, kenduri atau parti yang dianjurkan oleh kawan – kawan mereka. Kedua – dua hero dan heroin ini hanya kenal masing – masing melalui gosip yang dibual tetapi berlagak seakan- akan tidak mengenali apabila bertemu sesama mereka.
Razak (Farid Kamil) 27, merupakan seorang doktor, yang tidak mengetahui dan tidak yakin akan apa yang dia mahu dalam hidupnya. . Razak merupakan seorang ‘playboy’ yang sering bertukar – tukar pasangan dan tidak berhasrat untuk berkahwin seperti rakan – rakannya yang lain. Razak juga merupakan seorang ‘playboy’ dan sering bertukar – tukar pasangan.
Triz (Nadiya Nisaa’) 26 pula bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat – syarikat penerbitan. Triz mempunyai seorang teman lelaki yang amat dicintainya iaitu Azman (Azhar Sulaiman), seorang kerani di tempat kerja yang sama. Azman dianggap tidak sesuai untuk Triz oleh rakan-rakanya. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.
Selepas bertahun – tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz bertemu dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.
Ingin ketahui sejauh mana gosip mereka dan kesudahannya dan apakah kaitan bulan Supermoon dengan kisah mereka? Saksikan kisah romantic paling kelakar dalam filem Love, Supermoon 22 Oktober ini!
Post time 24-10-2015 01:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat permulaan trailer tu kot yang ada parit busuk dgn nadya nisan dalam bilik darjah tu kann?siap berunifom sekolah dgn badge bagai..takkan jd budak u kot..
kucing dah tengok citer ni....
abaikan saper pelakon sebab yang penting pelakon dapat menghayati watak dengan baik..kecuali anne ngasri mcm over dalam citer ni...eeuuww
Jalan citer ni menarik, tak slow dan buat anda nak ketawa..
Kucing kasi 3.8/5 bintang
p/s = kucing tak bape suka cter melayu, tengok ni pun sebab ade org beria2 ajak...tapi yeah...citer ni tak menghampakan anda
kalu anda bayangkan cter ni mcm girlfriend kontrak, pilot café or ombak rindu....nope..sangat lain
kepada forumer yang suke menggosip, anda wajib tgk filem ni...
Author|Post time 26-10-2015 08:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kucingsenyum replied at 26-10-2015 11:11 AM
kucing dah tengok citer ni....
abaikan saper pelakon sebab yang penting pelakon dapat menghayati wa ...
Ok, aku da tgk cite ni td ngn my bespren.
Klo aku... aku bg 4/5 bintang! Hehee...
Part flashback starting cite as bdk skolah tu, mmg xleh wat pe la. Redha je la Tp msg2 bwk watak dgn terbaik, x over light2 tp brkesan. Even rita pon bwk watak best. Anne bwk watak kalut2 sengal mcm dlm dunia baru dlu2 tu. Ok cume agak over sket kot. Azhar sulaiman lak bwk watak lelaki lebih kurang mcm cite kuarga iskandar. Pon best jgk!
Cite ni ade part lawak mmg gelak je la. Tp ade jgk part yg iols tacing jgk hehe...
Tp nk kate pilihan terbaik, iols x brani ckp la...sbb cite rase msg2 kan. Sbb filem ombak rindu yg box opis tu pon iols tgk xde feeling wlpn filem tu kebabom ramai peminat. Tp utk love supermoon ni weols mmg puas ati!
Antara sbbnye.....tiap scene n dialog mcm ble relate sgt2 je ngn ktrg. Hahhaa....sabo je la.
Bru tengok semalam.
Bg aku yang tak suker tgk cite melayu dekat wayang sebab buat bazir duit je.
Aku rasa cite ni memang tak menghampakan.Kelakar dan santai.
Cite die memang ade kaitan dengan org2 kat malaysia yg...belum kawen dah ade account bersama, pastu pompuan tu ikut je telunjuk laki tu, and farid kamil tu even dah kawen still pasang pompuan lain.Walaupun isteri dia baik. Pastu gosip tak ingat dunia. Cuma tak boleh blah anne tu kawen dgn org tua. hahahaha.
Iolls setuju ngn komen nih...
Iolls baru tgk semlm...
Tu pun sbb ada yg beria2 nak tgk...
Tp not bad...
Xkn menghampakan anda...
Girlfren Kontrak ke apa xde rasa nak tgk...
Promote je lebih kat tv...Cite mesti drama tv ptg2 tp versi filem...