CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2346|Reply: 0

Kekurangan Lelaki Yang Rupanya Menjadi Tarikan Wanita

[Copy link]
Post time 27-10-2015 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang sebaliknya menjadi daya tarikan kaum wanita!

Berikut adalah hasil kajian tersebut:

Kesan luka



Mungkin tidak ada yang menyangka bahawa kesan luka mampu menjadi sebuah daya tarikan. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh ramai wanita. Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.

Anda seorang yang pelik!



Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang anda anggap geek/pelik ini memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan 'aneh' lelaki tersebut dianggap unik dan lain daripada yang lain. Para wanita dewasa ini mungkin bosan dengan lelaki yang nampak 'biasa-biasa' saja. Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini ramai wanita memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki impian besar untuk mencipta roket dengan bahan bakar daripada air!

Peluh



Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurangan. Namun bagi sebahagian wanita, peluh kononnya mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi. Apalagi peluh itu keluar ketika lelaki sedang bersukan. Wanita yang melihatnya pasti terkesima. Menurut sebuah kajian, ketika berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang mampu memicu perempuan menjadi ghairah.

Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, peluh yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, malah anda akan dijauhi oleh wanita!

Uban



Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut anda secara rutin. Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Kemunculan uban kini dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebahagian wanita. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?

Cermin mata



Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, wanita kini lebih tertarik dengan lelaki bercermin mata. Kerana golongan ini kelihatan lebih bijak dan cerdas. Jadi bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda. [Sumber]

Kepada pembaca wanita, apa pula komen anda?


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063506 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list