1.Tidur apabila bayi anda tidur
Percayalah, anda bakal kekurangan tidur apabila mempunyai bayi. Jadi, ambil masa untuk tidur apabila bayi anda tidur, ya!
Ia akan mengembalikan tenaga dan mood anda.
2. Minta bantuan ahli keluarga
Jangan malu dan segan untuk belajar daripada mereka. Jika ada ahli keluarga yang ingin beri bantuan, jangan tolak.
Percayalah, masa inilah anda harus belajar pelbagai perkara dan tidak mempunyai banyak masa.
(Sumber foto: parentingwithlove)
3. Bersedia pada setiap pagi
Bersihkan diri pada setiap pagi. Bersiaplah, kerana ia mampu mempengaruhi mood anda sepanjang hari.
4. Ikut rasa naluri anda
Pelbagai nasihat dan tip yang diberikan. Ada kalanya, anda hanya perlu mengikut apa kata hati anda untuk menguruskan anak-anak anda.
Namun, hargai setiap nasihat yang diberikan terutama daripada orang tua anda.
5. Ambil banyak gambar dan video
Jangan lupa ambil sebanyak mana gambar dan video bayi anda.
Ia bakal menjadi kenangan terindah buat anda sekeluarga kelak. - CARI Infonet