CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5259|Reply: 0

Meleleh! 5 Resepi Lebihan Roti Pikat Selera Pasangan

[Copy link]
Post time 30-10-2015 07:51 PM | Show all posts |Read mode

Kepingan roti yang ada di rumah, lebih elok diolah menjadi sandwic yang enak. Idea menghasilkan sandwic mudah ini juga tidak perlukan kos yang besar. Cukup dengan minat dan ada masa anda boleh hasilkan sandwic ringkas ini untuk hidangan keluarga.


1. Lasagna Sandwic



Bahan-bahan:
4 keping roti
200 gm isi daging
100 gm sos Bolognese
100 gm sos carbonara
100 gm cendawan butang dipotong nipis
80 gm bawang besar di mayang
1 biji tomato dipotong dadu
2 kepingan keju
100 gm susu cair


Cara membuat:
1. Tumiskan sos Bolognese, masukkan isi daging kisar bersama tomato. Biarkan seminit dua. Lalu tutup api dan sejukkan.
2. Susun roti di atas loyang kecil. Sapukan sos Bolognese tadi.
3. Kemudian letakkan bawang mayang dan cendawan . Lapiskan dengan sos carbonara dan letak kepingan keju di atasnya.
4. Ulang langkah ini sehingga roti habis. Kemudian bakar 150 darjah Celsius selama empat minit.




2. Sandwic Oreo Pisang Salai



Bahan-bahan:
4 keping roti
200 gm biskut oreo – tumbuk halus
2 biji pisang emas salai – potong nipis
Marjerin untuk disapu pada roti


Cara membuat:
1. Taburkan serbuk biskut oreo di atas roti yang sudah disapu marjerin.
2. Susun pisang salai.
3. Kemudian lapiskan dengan roti.
4. Ulang langkah sama hingga habis.
5. Bakar selama dua minit di atas kuali dengan api perlahan.
6. Setelah roti kekuningan, bolehlah dihidangkan.



3. Sandwic Poket Doremon



Bahan-bahan:
4 keping roti
Sekeping daging burger salai – potong 4
Salad
Timun – hiris nipis
Sebiji telur
Serbuk roti

Cara membuat:
1. Ambil dua keping roti dan lapiskan. Buat bentuk bulat pada roti.
2. Pukul telur dengan secubit garam. Celup roti ke dalam telur dan sadur dengan serbuk roti.
3. Kemudian goreng hingga kekuningan. Tos sebentar.
4. Ambil roti yang siap digoreng, bahagian dua.
5. Susun salad, timun dan burger di bahagian tengah roti.
6. Hidangkan bersama mayones dan sos kegemaran.





4. Roti Pita Berinti Sayuran



Bahan-bahan:
2 keping roti pita – disalai seketika
200 gm sayur campur
100 gm isi udang
100 gm isi ayam
Serbuk lada sulah
100 gm mayones
Salad

Cara membuat:
1. Potong dua roti pita. Ketepikan.
2. Panaskan sesudu minyak, tumis isi ayam dan udang.
3. Masukkan sayur campur, kacau seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Gaulkan bahan inti bersama lada sulah dan mayones.
5. Lapik roti pita dengan salad, masukkan inti secukupnya.
6. Sedia dihidangkan.




5. Roti Gulung Sosej Berkeju



Bahan-bahan:
4 keping roti
4 batang sosej
4 keping keju
Sebiji telur
Secubit garam
Serbuk roti
Marjerin


Cara membuat:
1.Sapu marjerin pada roti. Letakkan sekeping keju.
2.Letakkan sosej dan gulung roti padat-padat.
3.Pukul telur bersama garam. Celup roti dalam telur dan sadur dengan serbuk roti. Goreng hingga kekuningan.

mingguanwanita










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.077040 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list