
Model 2015 Toyota Innova dijangkakan akan membuat kemunculan sulungnya dalam beberapa minggu lagi. Sebelum ini sudahpun tertiris rupa bentuk MPV ini. Kali ini, Autonetzmagmendedahkan beberapa ciri-ciri yang bakal ditawarkan bagi MPV ini.  Model 2015 Toyota Innova ini dikatakan akan datang dengan sekurang-kurangnya 3 beg udara dan model tertinggi akan didatangkan dengan 7 beg udara. Selain itu, ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan bagi model ini ialah ABS, EBD, pautan ISOFIX untuk kanak-kanak, tali pinggang keledar 3 poin untuk semua tempat duduk, keyless entry dengan butang start/stop. Kemungkinan juga Vehicle Stability Control (VSC) akan diberikan bagi model paling tinggi.  Selain itu, ianya didatangkan dengan kawalan suhu digital, lampu hadapan LED; dan juga pilihan mod pemanduan Eco dan Power. Toyota dikatakan bakal menghentikan varian E dan J bagi model 2015 Toyota Innova ini dan digantikan dengan varian Q dan V untuk bersama-sama dengan varian G yang asal.  Pilihan enjin yang diberikan bagi MPV ini ialah petrol 2.0-liter Dual-VVTi yang menghemburkan 138HP dan diesel 2.4-liter yang menghemburkan 148HP dan 400Nm tork. Pembeli juga diberikan pilihan transmisi manual dan automatik bagi kedua-dua varian enjin.
arenakereta
|