CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13351|Reply: 128

Masalah klise~suami tak kerja5

[Copy link]
Post time 12-11-2015 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by El_virarose at 12-11-2015 09:14 PM

Assalamualaikum semua,
Aku ada masalah yang aku sendiri dah tak tahan nak pendam. Tak tau nak cerita dekat siapa. Lately aku banyak baca cerita pasal suami yang tak bekerja. Aku pon ada masalah yang sama jugak. Huhu. Cerita dia camni. Kami dah kawin setahun. Sebelum kawin suami aku ni elok je keje. Time dia ngorat aku pon dia keje kat well known company la jugak. Lepas tu dia dapat offer tempat lagi bagus. Dia tukar tempat keje. Malangnya tempat tu teruk gila katanya and dia tak tahan. Tak sampai sebulan dia berenti. Masa kami tunang dia menganggur 2 bulan. Alhamdulillah dia dapat keje balik lepas tu tapi company biasa2 je. Sampai la kami kawin. 2 bulan lepas kawin dia dah stress cakap ngn aku nak berenti keje dah. Huhu tension aku rasa time tu bukan senang nak dapat keje balik. Aku pun bagi le jugak sebab dah nampak stress sangat dah. Start dari dia berenti kerja tu memang tak penah dapat panggil interview pon. Yang paling sedih lepas dia berenti memang semua urusan rumah tangga aku la yang settle kan. Nafkah aku lagi la tak penah bagi lansung. Aku rasa sejak aku kawin tak penah rasa kongsi bayar bil2 adan rumah sama2. Barang barang dapur pun aku la yang kena kluar duit sendiri. Syukur la aku ni memang ada keje tetap dan gaji stabil la jugak. Aku  cakap dah kat dia keje je la ape ape pon janji dapat la income boleh bayar bil and bantu aku sikit sikit. Lagipun segan la kat jiran2 tengok suami aku tak keluar rumah macam suami orang lain. Tapi aku tak pernah cakap direct kat dia sound kasar2 suruh keje ke ape. Sebab suami aku ni masalahnye cepat sentap. Karang aku cakap ade je tak kena. Balik2 aku la yang salah balik. Hati mana yang tak sakit bila pagi pagi ko nak pegi keje laki ko dok tebungkang tido lagi. Kang ko balik rumah dia tengah main game segala. Masak basuh kain semua tetap aku yang buat jugak. Memang aku sedih kenapa la laki aku ni jadi sampai macam ni. Sekarang dia memang ada buat keje weekend jugak tolong kawan dia meniaga. Masalahnya job tu pon tak selalu ada. Dapat pon dalam 200 gitu je la sekali keje. Mana la cukup. Aku ada cakap jugak weekend tolong la kawan tu hari biasa g la cari kerja lain. Sedih aku time hujung bulan aku je la yang gigih kira bajet bayar bil sana sini sakit kepala tapi dia boleh tengok je takde perasaan. Jangan la rehat je. Family dia dgn family aku semua pikir dia kerja kuat sangat sampai weekend pon nak keje. Aku pun tepaksa la cover. Sedihnya hidup aku. Kalau barang dapaur or barang nak makan kalau aku cakap duit tak cukup nak beli itu ini dia akan cakap kalau takde duit tak payah la beli. Nak makan kot huhu. Senang la dia cakap sebab last last menang aku la berhabis jugak beli barang nak makan. Kalau dia rasa tak kenyang or aku masak tu tak meriah macam dia nak dia akan keluar pegi makan kat luar. Makan la dia sedap2 sorang2 aku ni makan jela ape yang ada. Aku cakap dah kat dia banyak je keje kat luar tu tapi banyak betul alasan dia tak nak keje shift la ape la. Mungkin dia tak rasa apa sebab dia dah confident aku mampu je nak tanggung dia and aku mampu je cari makan sendiri sebab aku ada income so tak payah la nak pikir pasal aku. Aku rasa suami aku ni macam tak de perasaan lansung. Even dgn family dia. Tak tau apa dia pikir pasal hidup ni. Huhu ape la aku nak buat dengan suami aku ni.
P/s: sory la kalau pening baca thread aku ni, taip kat phone dulu baru tepek sini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Again... Masalah tanggung biawak hidup.

Kalo ai la. Da lama mintak cerai. Rasa diperbodohkan.

Devastating moment in life. Laki dayus. Harap duit binik. Phuii!!!!  Maap. Emo sikit malam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:02 PM | Show all posts
wuih keciknya tulisan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:12 PM | Show all posts
halusnya tulisan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:13 PM | Show all posts
Oo dia sorang je eh nak makan sedap. Ko pun catu la. Ko masak ko makan sendiri. Try test tgk.

Ko ada sijil2 dia? Scan and buat resume dia sendiri. Ko sendiri pegi carikan dia keja. Tak payah nak pung pang sangat dek dengan dia. Bagi ultimatum. Kalau setahun (ikut suka la nak letak brp lama) tak keja bagi nafkah , ko tunjuk surat taklik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerai cerai cerai sebelum tt jd mental
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Make sure jgn mengandung
2. Bungkus baju2 dia hantar balik rumah mak bapak dia..cakap ko lepaskan balik tangungjawab ko kat anak diaorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:24 PM | Show all posts
malang tul la ko dapat bini cam tu

CERAI JA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu tolong carikan suami tt kerja..in fact tak perlu tolong langsung..ini jenis lelaki tak ada perasaan..tak kenang di untung..tak reti menghargai..ceraika sj suami tt tu..memang jenis lelaki tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
You deserve better tt
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:39 PM | Show all posts
takperla tt janji hang berlaki...
kang menjanda kena kutukk plak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sedapnye jadi laki...tak keje, keje rumah tak buat, mkn org tanggung, mcm bos besar...mlm2 dpt habuan lg..mcm dlm syurgaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kawin ngan biawak huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang le senang cakap cerai kan, tapi tu la karang orang ingat time susah tinggalkan laki tu pulak. Memula memang la aku bagi peluang kat dia slow2 bina balik hidup dia. Tapi la ni aku tengok dia macam lambat sangat nak bergerak. Tak tau la sampai bila aku boleh tunggu lagi. Kalau aku jadi dia aku rela ja buat kerja ape pon janji ada income. Macam mana tah aku nak sound dia bagi dia sedar. Perlu ke aku ngadu kat mak bapak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:56 PM | Show all posts
kalo ngadu kat mak bapak dia.... dia akan keje ke?
akan tinggalkan profesion biawak hidup tu?

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tak takut Tuhan mcm ni, fasakh saja. Surat taklik ckp 3 bulan tak bagi nafkah boleh jatuh talak kan. So, bawak ke jabatan agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah terang lagi bersuluh suami tt itu lelaki tak guna..ceraikan ceraikan ceraiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:58 PM | Show all posts
Nasib baik la laki aku x pemalas cam laki ang..gaji sikit keja teruk pun dia tahan ...aku memg x boleh kalau salah sorg x keja..mana cukup belanja..

ang jgn gatai2 peknen lg..nanti stat nak emo..dahla laki pun x mbantu...bagtau family dia lah..atau sapa rapat dgn dia..abg ka sepupu..kaka..adik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:59 PM | Show all posts
buat aje resume dia ... antar je kat byk company bia dia tau yang awak nak dia keje
selain tu suruh la niaga online...
kalo tu pun malas try keje guard....
kalo malas gak........

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaii. Betullah permulaan idop berdua yg bnyk dugaan.. sabarla.. bincang, bg kata 2. P cuti jauh2 biar dia fikir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061929 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list