CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 0

KENNY ROGERS HOT FIERY FEAST: HIDANGAN AYAM PEDAS BERAPI

[Copy link]
Post time 13-11-2015 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Untuk anda yang gemarkan hidangan pedas berapi, cubalah datang ke Kenny Rogers Roasters. Kenny Rogers memperkenalkan hidangan ayam terbaharu mereka yang disaluti kuah enak yang rasanya buat anda berpeluh-peluh!
Rasa sedap dan pedas dalam masa yang sama? Sudah tentu ini adalah kombo yang begitu menyelerakan untuk orang Asia, terutamanya Malaysia. Kalau boleh makan sambal tumis cili padi, sudah tentu anda boleh menghabiskan hidangan Fiery Fiest ini sampai licin.
SPICY CHICKEN & PASTA MEAL: RM23.50. Menyelerakan, sedap, dan cukup mengenyangkan! Foto -Arkib Wanista
Adakah anda cukup berani untuk mencuba hidangan pedas ini?
Resepi yang terkini daripada kenny Rogers ini turut dihidangkan bersama Country-style Chicken Soup dan Seseme Penne Pasta. Yummm… Dengar nama pun dah tahu sedap kan?
SESEME PENNE PASTA MEAL: RM20.90. Terliur tak? Rasa “Smokey” yang begitu mengasyikan terdapat pada hidangan pasta Seseme Penne Pasta ini, membuka selera anda untuk menikmatinya sehingga licin! Foto -Arkib Wanista
Pasta dihiasi dengan taburan bijan sememangnya bantu untuk menaikan selera anda, sup ayam yang berkrim pula memberi satu rasa yang tiada tandingan.
Ayam dimasak dengan api perlahan agar setiap inci bahagiannya dipanggang dengan cukup sempurna, diperap pula dengan rempah-ratus asli serta kuah BBQ penas penuh perisa, kesemuanya menggabungkan rasa unik dalam sebuah pinggan.
Hidangan Hot Fiery Feast ini mempunyai tiga (3) pilihan utama termasuk Chicken & Pasta Meal, Spicy Chicken & Pasta Lite Meal dan Seseme Penne Pasta meal yang bermula daripada RM17.90 dan keatas.
SPICY CHICKEN & PASTA LITE MEAL: RM17.90. Jika anda memang gemarkan rasa sensasi kepedasan yang tidak terhingga, cubalah hidangan terbaharu daripada Kenny Rogers Roasters ini. Ia sememangnya bonus kepada anda! Foto -Arkib Wanista
Hidangan ini khabarnya disertakan sebagai hidangan baharu dalam menu restoran ayam panggang terkemuka tanah air itu agar dapat memenuhi selera para pelanggan yang menyukai makanan pedas.
Berkhasiat seperti yang dicanang dalam kebanyakan iklan komersial Kenny Rogers, “Kami memilih Country-style Chicken Soup dan Sesame Penne Pasta sebagai menu sampingan untuk dinikmati bersama Spicy Chicken agar dapat menyeimbangi rasa serta membekalkan vitamin dan kandungan mineral baik untuk badan. Ia adalah sebuah hidangan yang sihat dan mesra-kalori”, jelas Christina Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya ROASTERS (M) Sdn. Bhd.
wanista


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.847007 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list