CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4977|Reply: 0

MEH BELAJAR RESEPI CUCUR BAYAM. SERIUS MUDAH & SEDAP!

[Copy link]
Post time 13-11-2015 12:04 PM | Show all posts |Read mode

Selalunya beli sayur bayam mesti buat sup bayam sahaja, jaranglah buat makanan lain. Kali ini, boleh cuba pula cucur bayam. Bukan apa, makanan bergoreng boleh ditukarkan kepada khasiatnya! Anak-anak pun tak perasan ada sayur dalamnya.
Ini resepinya :
  • 250 gram bayam segar
  • 1 biji bawang merah, iris nipis
  • garam secukup rasa
  • 120 gram tepung gandum
  • 100 cc air ais
  • minyak untuk menggoreng
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar air perahan limau/lemon
  • biji bijan
Cara :
Potong bayam dengan panjang kira-kira 3 cm. (Boleh dikisar halus sayur bayam jika tidak mahu teksturnya kelihatan, untuk anak kecil yang tak makan sayur). Tambah hirisan bawang merah dan garam. Aduk rata, masukkan tepung. Tuang air sedikit demi sedikit lalu goreng matang. Balik adunan agar masak merata. Kalau adunan melekat di kuali, tambah lagi minyak secukupnya. Hidangkan dengan sos kicap manis yang dicampur dengan air perahan lemon dan biji bijan.
Tadaaaa dah siap! Makan panas-panas, memang best!
wanista


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059640 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list