CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3480|Reply: 0

10 TEMPAT UNTUK MENEMPAH KEK PALING CANTIK DAN SEDAP SEKITAR MALAYSIA!

[Copy link]
Post time 13-11-2015 12:06 PM | Show all posts |Read mode


Untuk hari jadi, ulang tahun, graduasi mahu pun majlis meraikan pengantin, sesebuah sambutan keraian pasti tidak akan lengkap tanpa hidangan kek.
Sudah tentulah, anda bisa sahaja meluangkan sedikit masa untuk pergi ke kedai kek yang serba hebat disekitar bandar berdekatan untuk membeli kek yang terbaik, atau anda juga boleh mewujudkan suatu kelainan dengan menempah kek mengikut cita rasa hati anda demi menambah sentuhan peribadi keatasnya.
Persoalannya, dimana? Ya, di manakah bakeri atau pembuat kek hebat sekitar Malaysia telah bersembunyi selama ini? Untuk mengetahui, jom intai!
#1 Frost and Flourish

Dari pilihan “Milo Dinosaur” hingga ke “Durian Snow”, kami pantas kagum dengan tawaran pilihan yang mampu buat anda naik gila merujuk kepada rangkaian kek keluaran bakeri ini. Mereka tidak membuat rekaan kek berasaskan fondant tetapi masih lagi mewah dengan hiasan krim berperisa seperti buttercrem dan hiasan ganache yang memukau.
Whatsapp – 019-367 8750
#2 Baked In Chelsea

Kek ternama BIC adalah berasaskan lapisan span coklat lembap yang ringan, ditambah pula ganache frosting coklat gelap yang gebu. Mereka mempunyai seribu satu pilihan untuk anda termasuk “The Mango”, “The Pavlova”, “The Chocolate M&M’s dan “The Monroe”. Anda tidak akan kehabisan pilihan tatkala berkunjung ke bakeri ini.
Whatsapp – 012-907 0050
#3 Gateauxlicious

Pasangan anak-ibu yang berbakat ini sememangnya telah membawa bakeri Gateauxlicious kesatu platform yang lebih memberangsangkan dan mereka patut menerima gelaran pakar pembuat kek! Mereka terkenal dengan kek kahwin klasik berlapis dan dalam masa yang sama masih lagi menerima tempahan mengikut rekaan yang diminta para pelanggannya merangkumi rekaan istimewa lain termasuk objek atau inspirasi konsep yang unik sesuai untuk acara majlis hari jadi mahu pun sambutan menerima kehadiran bayi baru.
Whatsapp – 019-266 6814
#4 The Ship Patisserie

Mencari macarons yang bisa ditempah dan ditambah sentuhan peribadi? Atau kek rekaan premium untuk majlis perkahwinan? The Ship dapat memenuhi kebuntuan anda itu. Mereka adalah pasukan dari rumah yang khusus dalam pembuatan makanan pemanis mulut sesuai untuk apa jua keadaan dan majlis yang anda anjurkan.
Whatsapp – 012 777 0855
#5 Sugar & Cream Ateliar

Apa sahaja watak animasi yang anda fikirkan sekarang ini, Sugar and Cream mempunyai kemampuan untuk mencipta semula hampir kesemua watak-watak animasi mengikut kehendak anda dengan menarik. Berpangkalan di Petaling Jaya, khidmat bekeri yang dilakukan dari rumah ini mengambil tempahan untuk kebanyakan majlis seperti majlis hari jadi kanak-kanak serta kek cawan untuk majlis perkahwinan. Apa yang anda perlu terangkan kepada mereka adalah jenis rekaan bagaimana yang anda mahukan, selebihnya, biar sahaja Sugar and Cream selesaikan!
#6 Shaun Teo Creations

Pembuat kek ini gigih mempelajari cara dan ilmu kepakaraan membuat kek dengan sendirinya. Tetapi setiap rekaannya punya kelas yang tersendiri sehingga mampu mencuri pandangan sesiapa sahaja yang melihat. Anda mesti menyenaraikan Shaun Teo Creations sebagai bakeri yang harus anda runding bersama untuk parti anda akan datang!
Whatsapp – 016-718 8291
#7 The Buttercake Factory

Pembuatan kek yang luar biasa. Anda perlu membuat tempahan atau pesanan anda dengan mereka sekurang-kurangnya beberapa minggu lebih awal. Bermula kecil-kecilan sebagai kedai kek butter yang biasa namun kini telah mekar menjadi buah mulut orang ramai diatas tiap-tiap rekaan keknya yang kreatif dan inovatif.
Whatsapp – 016-461 5500
#8 The Cheese Bakery

Kek keju adalah penyebab utama yang buat kita terliur *selepas nasi lemak atau ais krim* dan itulah merupakan kepakaran bakeri istimewa ini. Bukan mudah untuk membuat kek keju yang sedap dan sempurna. Mereka mengambil tempahan dari kek 6-inci , kek mini sehingga kek bersaiz genit yang mudah untuk dimasuk ke dalam mulut berperisa keju. Ianya tidak akan mengecewakan anda! Keenakan rasa lemak berkrim keju pasti membuatkan anda tidak lena malam.
#9 Babycakes Sweet Shoppe

Seindah nama, ianya tersangatlah comel! Babycakes terkenal dengan rekaan bergula seperti kek yang diliputifondant, macarons dan haruslah kek berperisa! Melangkah kehadapan, Babycakes juga menyediakan khidmat menghias meja pemanis mulut untuk majlis perkahwinan, acara atau apa sahaja sambutan lain yang anda mahukan.
#10 Elevate Patisserie

Perniagaan yang dijana dari rumah ini bukan hanya mengedar kek dan pastri di kafe terpilih daerah Lembah Klang, malah, dia juga menerima dan mengambil tempahan istimewa dari para kater, acara majlis dan parti keraian. Jika anda tidak dapat menahan hasrat hati anda untuk mendapatkan sentuhan Edwin Chan yang dihiasi karamel berkrim, anda patut membuat panggilan sekarang!
Whatsapp – 018-370 3770
wanista

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.080480 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list