Oleh Adib Za
(Sumber foto: Azlitamasammanis)
Sotong lazimnya, dimasak sambal tumis atau pun goreng rangup. Namun, sekali sekala apa salahnya cuba sesuatu yang baru.
Nah, hari ini ditampilkan resipi Sotong Masak Lemak Padang yang dipetik daripada resipi Pak Engku. Hasilnya, memang menjilat jari.
Sesuai dihidangkan hujung minggu ini. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah
Cara-cara:
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak - CARI Infonet
(Sumber foto: Vitdaily)
Sumber resipi: Azlita Masam Manis/ Pak Engku/ Facebook RASA Resepi |