View: 1719|Reply: 0
|
Penawar Kanser dari Biji Aprikot Semuladi
[Copy link]
|
|
Pokok Aprikot adalah dari jenis gugusan Rose yang berasal dari Timur dan Tengah Asia. Buahnya yang kaya dengan vitamin digunakan untuk mengeluarkan minyak biji Aprikot. Minyak biji Aprikot sangat lembut, senang meresap kedalam kulit dan sesuai digunakan untuk keluaran produk-produk bayi.
Minyak biji Aprikot dikeluarkan melalui proses ‘cold pressed’ dari biji Aprikot. Warnanya cerah dan baunya harum yang menyerupai bauan kekacang. Ia selamat digunakan oleh semua peringkat umur kerana ia mengandungi asid2 lemak, antioksidan dan vitamin.
Minyak biji Aprikot mengandungi Vitamin E. Ia boleh melembutkan kulit serta sangat senang menyerap kedalam kulit. Ia juga sangat popular digunakan sebagai minyak urut dan sebagai pengangkut bila disatukan dengan minyak-minyak yang perlu(essential oil) untuk aromatherapy.
Minyak biji Aprikot juga kaya dengan Vitamin A. Ia mengandungi asid-asid oleic dan linoleic yang dapat melembabkan kulit kering dibahagian muka, tangan dan rambut, anti penuaan dan dapat melegakan kulit-kulit gatal. Vitamin A dan C dalam kandungan nya juga boleh merawat untuk kulit2 sensitif, kering dan berkedut.
Minyak biji Aprikot juga boleh digunakan untuk membekalkan nutrien yang sangat baik untuk masalah asthma, ketumbuhan dan batuk2 serta bengkak akibat eczema dan dermatitis (penyakit2 kulit).
Digunakan sebagai Pelembapan
Menurut Healthguidance.com oleh kerana ia mengandungi Vitamin A dan E serta asid2 oleic dan lanoleic ia sangat2 sesuai digunakan untuk merawat kulit kering. Ia menghidupkan semula sel-sel lemah serta melembapkan kulit serta melindungi kulit dari kehilangan air yang berlebihan.
Digunakan sebagai Antioksidan
Menurut satu kajian yang diwartakan dalam “Journal of the American Academy of Dermatology’ dari National Institutes Of Health, USA, kandungan anti oksidan dalam minyak biji Aprikot dapat membantu merawat masalah kulit serta penuaan awal akibat dari pendedahan kepada sinaran matahari yang berlebihan. Menyapu nya ke kulit secara berterusan dapat mencegah erythema –sejenis penyakit kulit dan mencegah sel-sel dari terhapus akibat dari sinaran matahari. Kandungan Vitamin E dan Amygdalin dalam minyak biji Aprikot juga membantu merawat penyakit2 seperti tersebut diatas.
Digunakan Sebagai Penawar Kanser
Kajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana di dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.
Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr. Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalaman beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.
Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin B17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membantu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan.
Beliau menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun.
Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, “Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 dapat membantu merencatkan perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di dalam tubuh badan.”
SUMBER : Utusan Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|