View: 2072|Reply: 0
|
Bagaimana Nak Kenal Jantina Anak Lelaki Melalui Kandungan?
[Copy link]
|
|
Mendapat tahu diri hamil atau mengandung, ia adalah saat yang tak boleh digambarkan kerana kegembiraan ini hanya dapat dirasai pada pasangan yang mendapat rezeki tidak ternilai daripada Allah SWT.
Ada sesetengah pasangan suami isteri menginginkan anak lelaki sebagai anak pertama atau sulung mereka. Tak kurang juga yang menginginkan anak perempuan sebagai anak pertama kerana boleh manjakan dengan pelbagai eksori cantik dan comel untuk si bayi perempuan ini.
Bagaimana ingin mengenal kandungan tersebut sama ada anak lelaki atau perempuan? Ada sesetengah pendapat nenek moyang kita dahulu, mereka menyatakan hamil anak lelaki boleh dilihat melalui perubahan pada wajah yang kurang berseri. Sejauh mana fakta mengenai itu, ia kemungkinan besar ada betulnya juga.
Jom, kenali beberapa ciri-ciri jika kandungan anda adalah anak lelaki.
1) Perut lebih menonjol ke bawah.
2) Terdapat garis hitam pada perut bermula daripada pusat sehingga ke kawasan kemaluan. Namun, garis tersebut akan hilang sehingga bersalin.
3) Tak banyak pergerakan daripada bayi. Bayi lebih senyap dan tidur sahaja.
4) Bentuk perut atau kandungan lebih bulat ke depan macam bola.
5) Berat yang dirasai di hadapan perut berbanding hamil anak perempuan, berat terkumpul di tengah perut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|