CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2511|Reply: 3

5 Tip Bila Terpaksa Bawa Anak Ke Pejabat

[Copy link]
Post time 26-11-2015 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




"Alamak! Macam mana ni? Tiba-tiba pulak pengasuh bagitau kena cuti kecemasan. Siapa nak jaga baby?"

Mungkin perkara ini sering terjadi kepada para ibu yang bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.


Ada kalanya berhadapan dengan situasi kecemasan di mana pengasuh anak anda perlu bercuti secara tiba-tiba.


Ada ketikanya anda sendiri atau pasangan tidak boleh mengambil cuti kecemasan secara tiba-tiba dan terpaksa membawa anak-anak ke pejabat. Jadi, sebelum membawa anak ke pejabat, ada beberapa tip yang perlu dilakukan:








1. Beritahu pihak atasan tentang masalah anda
Sudah tentu kehadiran anak di pejabat boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Oleh itu maklumkan kepada ketua bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan.


Beritahu alasan yang munasabah agar bos memahami situasi yang sedang anda hadapi.




2. Keadaan yang kondusif
Pastikan suasana dan persekitaran kerja adalah kondusif untuk membawa anak kecil. Jika boleh suasana pejabat tidak berada dalam keadaan yang sibuk ketika anda membawa si kecil ke pejabat kerana ia boleh mengganggu tugas di samping sibuk menjaga si kecil. Sediakan tempat untuk anak berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja.




3. Siapkan aktiviti untuk anak
Jangan lupa membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak sepanjang mereka berada di pejabat menunggu anda bekerja. Antara barangan mereka adalah permainan kegemaran, alat tulis, buk mewarna, buku stiker, tablet (jika ada) dan sebagainya. Biarkan anak sibuk supaya dia tidak bosan menungguu dan boleh mengganggu anda membereskan kerja.




4. Maklumkan kepada anak situasi di pejabat
Berikan sedikit gambaran kepada anak tentang persekitaran di pejabat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak ia membantu si kecil menyesuaikan diri. Tegaskan yang mereka tidak boleh mengamuk, membuat perangai dan meminta balik sebelum habis waktu bekerja, tidak boleh mengganggu orang lain di pejabat membuat kerja dan membuat bising.


5. Bawa bekalan makanan yang cukup
Anak kecil sering mengadu lapar dan suka mengunyah. Oleh itu pastikan anda siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya dia tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 11:45 AM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 01:09 PM | Show all posts
happened to me couple of times.

i bring his foods, ipad, pillow and his favourite books.
mujur dia tak meragam..
kalau nak main pun pusing dalam my cubicle jer..
bila nak tido tu, i cuddle him sampai dia tido..

tiring, but seriously rasa content tengok anak depan mata..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:59 PM | Show all posts
good info tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040142 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list