Terdapat ramai wanita-wanita dalam sejarah dan legenda Malaysia yang wajar dijadikan contoh. Sikap keperibadian yang luhur dan bersopan, menggambarkan adat ketimuran yang kian menipis dalam masyarakat dan budaya, sedangkan wanita-wanita tersebut telah membuktikan kesusilaan dan kewajaan boleh dilakukan tanpa perlu merendahkan salah satu. 1. Cik Siti Wan KembangPemerintah wanita tanpa beraja ini merupakan antara wanita yangg sering disanjung dalam kisah-kisah Tanah Maelayu dahulu kala. Kebanggaan negeri Kelantan, sehingga antara nama timangan negeri tersebut adalah sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang.Pada lambang bendera Kelantan terdapat dua ekor kijang, haiwan yang dikatakan peliharaan kegemaran Cik Siti Wan Kembang. Tidak berkahwin, beliau mempunyai seorang anak angkat, Puteri Saadong. CIk Siti Wan Kembang adalah keturunan diraja dan memiliki keturunan Champa-Kelantan-Patan. Mengikut kata Ibnu Battuta, seorang saudagar pengembara, Cik Siti Wan Kembang mempunyai iras wajah yang berseri serta mahir bertutur dalam bahasa Turki.
Antara kemahiran Cik Siti Wan Kembang adalah berjuang. Beliau pernah berjuang dengan menaiki kuda dan menggunakan pedang, mengetuai sekumpulan askar berkuda wanita. 2. MahsuriTiada siapa yang tidak mengetahui legenda Mahsuri, antara penarik utama untuk melawat Langkawi. Mahsuri hanyalah seorang gadis kampung biasa, bukan puteri raja mahupun orang kayangan, namun beliau dianugerahkan kecantikan yang hebat hingga mampu menimbulkan perasaan tidak senang hati wanita lain hingga menimbulkan fitnah. Sewaktu suaminya pergi menunaikan tanggungjawab menjaga kawasan lain – pada masa itu abang suami Mahsuri, penghulu kampung, bertanggungjawab melindungi satu Langkawi – Mahora, kakak iparnya, tidak berpuas hati akan layanan serta kehormatan tinggi yang diterima Mahsuri yang dirasakan melebihi dirinya sedangkan dia isteri Penghulu sebenar. Lalu difitnahnya Mahsuri bermain kayu tiga sewaktu suaminya tiada. Kisahnya menjadi satu legenda apabila Mahsuri ditikam lalu mengalirkan darah berwarna putih, yang dianggap sebagai bukti betapa sucinya orang yang difitnah. Mahsuri juga bersumpah, dengan nafas-nafas terakhirnya, bahawa jika beliau berkata benar, bahawa beliau tidak bersalah, maka Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur. Tidak lama kemudian, serangan orang Siam mencetuskan pula lagi satu legenda, iaitu legenda Beras Terbakar, yang dikatakan permulaan sumpahan Mahsuri. Sejak kejadian tersebut, benarlah terjadi seperti apa yang disumpahnya, hinggalah generasi ketujuh ditemui. Generasi ketujuh Mahsuri dikatakan hampir seiras dengannya dan telahpun berkahwin. 3. Tun FatimahMelaka Bandaraya Bersejarah asal srikandi wanita Melayu ini. Pasti anda sudah biasa dengan kisah Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah. Kini dengarilah kisah Tun Fatimah legenda yang bersangkutan antara Melaka dan Johor. Kisahnya bermula sedetik sebelum penjajahan yang menyebabkan Sultan Mahmud, Sultan Melaka pada masa itu, mengundur ke Johor sewaktu dijajah Portugis. Terkenal sebagai srikandi wanita tersohor, Tun Fatimah amat handal dalam seni persilatan serta menggunakan senjata seperti keris dan lembing. Merupakan anak Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali,beliau dikahwinkan dengan seorang lelaki bernama Tun Hassan. Sultan Mahmuad Shah menghadiri majlis perkahwinannya lalu terpukau dengan kecantikannya dan timbullah kemurkaannya kerana Tun Fatimah tidak ditawarkan kepadanya. Kancah politik yang kotor telah mengaburi mata sultan melaka itu, ditambah pula dengan dendamnya kerana tidak mendapati Tun Fatimah, menyebabkan terfitnahnya keluarga Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali. Seluruh keluarga kecuali dirinya dibunuh. Apabila menyedari kekejaman dan kesalahan yang dibuatnya, Sultan Mahmud mengutuskan pinangan ke atas Tun Fatimah sebagai isterinya. Mengingatkan pesanan ayahnya bahawa sebagai rakyat, mereka haruslah taat setia kepada negara dan sultan, dengan berat hati Tun Fatimah menerima. Sultan Mahmud begitu mencintanya sehingga memberinya gelaran Paduka Seri Permaisuri Melaka. Biarpun pada awalnya Tun Fatimah tidak rela bersama sultan, akhirnya kelembutan, keinsafan dan kasih sayang sultan berjaya menambat hatinya. Setelah beliau berjaya menangkap serta menghukum orang-orang yang memfitnah keluarganya, Tun Fatimah bahagia bersama suami tercinta sehingga melahirkan tiga putera dan satu puteri.
Begitu kuatnya pengaruh Tun Fatimah sehingga ditubuhkan satu sekolah berasrama penuh atas namanya dengan harapan agar dapat mendidik anak-anak gadis setabah dan sekuat Tun Fatimah.
|