CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 0

Pais Ikan Kembung Dengan Seafood

[Copy link]
Post time 1-12-2015 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Pais Ikan Kembung Dengan Seafood



Resepi Pais Ikan Kembung Dan Seafood

3 ekor ikan kembung ( apa-apa ikan pun boleh )
10 ekor udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit )
3 ekor sotong ( di bersihkan dan dipotong2)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 inci kunyit
8-10 biji cili padi
1 sudu makan asam jawa ( buang bijinya)
1 sudu makan penuh gula
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa
Daun pisang secukupnya

Cara penyediaannya

1. Tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, gula dan garam hingga lumat.
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan perasa.
3. Kemudian satukan  semua bahan tadi dengan seafood dalam 1 mangkuk.
4. Bungkus seafood dalam daun pisang yang telah dilayur atas api. Klip tepinya dengan lidi atau stepler.
5. Kemudian letakkan dalam tray pembakar atau caserol tahan panas. Bakar  dalam oven selama 1/2 jam, 180 darjah celsius.
6. Kalau tak ada oven boleh bakar atas kuali non stick dengan dapur gas.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.284725 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list