Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas Cicah Air Asam (FVR8 ALL TIME!)!
Resepi Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas
3 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan)
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
3 helai daun lengkuas ( atau daun pandan pun boleh )
Cara penyediaan
1. Lumurkan serbuk kunyit dengan sedikit garam.
2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun lengkuas.
3. Bakar atau grill atas api sederhana. Saya bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
4. Balikkan dan bila masak boleh angkat dan hidangkan dengan air asam jawa.
1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)
Cara penyediaan
1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam.