View: 1798|Reply: 1
|
Kari Ayam Hijau, bukan mak kau ijau!
[Copy link]
|
|
Kari Ayam Hijau, bukan mak kau ijau!
Resepi Kari Ayam Hijau
1 ekor ayam sederhana
Bahan A
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia ( resepi asal tak letak… tapi saya letak sebab saya fobia bau hanyir ayam)
10 biji cili padi ( boleh tambah atau lebih- ikut citarasa )
6 -12 biji cili hijau
1 biji bawang besar ( saiz besar)
4-5 ulas bawang putih
10 g daun ketumbar ( kisar batang dan akar sekali )
2 batang serai
5 gm belacan ( saya letak sikit je… dalam 1/4 inci )
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
Bahan B
20 gm Daun salasih ( nama lain- Thai basil) – dalam 10 helai je dah cukup!!
3 helai daun limau purut
4 batang kacang panjang ( potong 1 1/2 inci)
50 g terung pipit
500 g santan kelapa
2 sudu teh sos ikan ( jika suka)
1 sudu teh gula
sedikit garam
1/2 kiub ayam
Cara Penyediaan
1. Kisar atau tumbuk lada putih, biji ketumbar dan jintan.
2. Kemudian campurkan dengan bahan A dan sedikit air. Kisar hingga hancur.
3. Satukan ayam dan bahan A yang telah di kisar serta sedikit air dalam periuk. Masak hingga ayam 3/4 masak.
4. Kemudian masukkan Bahan B kecuali daun dan sayur-sayuran kedalam ayam tadi.
5. Kacau hingga ayam empuk dan kuah agak pekat.
6. Sesuaikan rasa garamnya, kemudian masukkan sayur-sayuran.
7. Angkat dan hidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu saya beli ready made punya rempah basah. Sebotol rm9.00. Boleh masak 5-6 kali untuk 2 orang makan. Cuma panaskan minyak, masuk 2-3 batang serai, daun limau purut dan ready made rempah. Santan dan ayam. Siap. iols memang kalau tengah pemalas habis kalau masak ni je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|