View: 233321|Reply: 810
|
Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)
[Copy link]
|
|
Edited by Kelipkertas at 31-7-2016 12:55 PM
Assalamualaikum.
Terima kasih sudi jenguk thread aku. Aku orang baru kat sini. Istilah2 yang korang guna dalam forum ni pun aku xbape paham lagi. So kalau nanti aku ada salah paham, mintak maaf in advance.
Aku nak share dengan semua kisah aku dan 'pop corn'. 'Pop corn' tu sebenarnya benda xsenonoh yang malas aku nak sebut. Silalah rujuk pada tajuk ye. Dan apa pulak kaitan dengan jin? Nak tau kena baca.
Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf kat admin kalau rasa pos ni tak sesuai berada di sini. Aku xtau nak letak mana sebab bod ni jer yang aku follow. Haha. Dan aku jamin walaupun kisah ni tentang 'pop corn', aku akan tapis semua ayat yang digunakan supaya otak korang tak bercambah dosa. Aku share benda ni supaya sama2 boleh ambik peringatan daripada apa yang menimpa aku.
Eh panjang pulak warm up.
Sementara teringat, aku stori yang ni dululah... benda paling misteri yang buat aku terheran2 sampai sekarang.
Waktu aku baru masuk kolej dulu, sekitar umo 18-19, aku pernah ditimpa kejadian aneh. Waktu tu minggu orientasi. Kitorang tidur kat sebuah rumah kampung di tengah sawah padi. Kat situlah asrama kitorang sepanjang orientasi berlangsung.
Cam biasa la tido kat umah kampung, takde katil. Bersusun macam ikan masin dari hujung ke hujung. Aku tido tengah. Aman damai jer tido takde mimpi apa2. Bangun pagi sebaik aku bukak mata, terus nampak sorang senior tengah perati aku. Aku duduklah dan selak selimut, nak bangun. Baru perasan rupanya kat dalam selimut tu, kain aku terselak sampai pinggang. Dalam SD aku pulak rasa sangat xselesa dan berlendir.
Cuak gila memikir aku kena rape ngan orang minyak ke? Takde lak rasa sakit ke apa. Alhamdulillah berisi pun tidak. Hanya kakak aku yang tahu tentang ni. Sampai sekarang aku pelik dan heran dengan apa yang berlaku masa tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik kelip ni pompuan ye?
Cerita la psl pop corn tu |
|
|
|
|
|
|
|
SD tu apa? yang saya tahu microSD orang guna sekarang ni. SD sekarang dah takde |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 5-12-2015 08:48 PM
Citer pasal 'pop corn' plak...
Aku mula kenal dengan 'pop corn' ni sejak sebelum tadika lagi... Atas pengaruh makcik-makcik aku yang terpengaruh dengan hedonisme barat. Takyah la citer insiden2 takbest yang aku nampak. Kesimpulannya, jagalah mata adik/anak korang yang masih kecik sebab dia akan teringat sampai besar. Apa yang budak kecik tengok tu juga akan bentuk siapa diri dia. Kesian dia kan, kalau awal2 dah rosak disebabkan orang lain.
Pastu masa umur aku 10 tahun, aku dah masuk asrama. Asrama tahfiz. Mula campur dengan kawan-kawan dari macam-macam background. Sorang member aku ni, agaknya mak ayah dia pun jenis layan 'pop corn' depan anak2, dia ajak aku layan 'pop corn' pulak ngan dia. Tah pape. Bukannya sedap pun. Ko rasa pada tahun 90'an, apa yang budak 10 tahun faham tentang 'pop corn?' Lainlah zaman sekarang ni.
Pastu datang pulak lagi sekor member puaka ni bagitau teknik 'main' ngan diri sniri tah mana dia kutip...
"Korang nak tau tak, kalau buat begini, akan rasa macam begitu..."
Aku yang bodoh tapi curious ni pun gi la try. Memang cambest. Sejak tu selalu buat. Lelama jadi ketagih.
Tapi dalam masa yang sama, hafalan quran aku tetap lekat kuat. Cuma aku tak perform. Terlalu malas nak mengaji. Aku lebih suka main dan merayap dalam hutan buluh tepi asrama berbanding duduk hafal quran. Aku tak sedar pun betapa ustazah semua impressed dengan daya hafalan aku yang kuat, sebab tu diorang gesa aku mengaji.
Aku macam hidup dalam dimensi lain. Tak hiraukan dunia. Tak takut apa-apa. Lelama ustazah pun dah malas nak denda. Aku ilang pun diorang tak cari. Sebab diorang tahu aku gi merayap dalam hutan dan reti balik sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes pertama histeria yang aku tengok dalam hidup ni, menimpa sepasang kembar. Diorang budak baru masuk ke asrama tu. Umur baya aku juga, 10 tahun. Tapi dah menanggung jin kat badan. Yang kakaknya kena lebih kuat dari si adik. Kat tengkuk si kakak tu ada tanda lahir. Bila dia kena rasuk, tanda lahir tu akan memanjang dari kulit kepala sampai belakang badan. Cemana bleh berlaku? Allahu a'lam. Tapi memang aku nampak sniri tanda lahir coklat yang menggelikan tu.
Bila kerasukan, kerja si kakak ni nak menakutkan orang je. Pukul 12 rembang tu mulalah dia jadi benda lain. Mangsanya tentulah kami yang kecik-kecik ni. Tak memasal main kejar-kejar dalam asrama tetengahari buta. Masuk bilik, keluar bilik. Panjat katil, terjun katil. Yang senior mampu tengok jer, tak sempat nak tangkap.
Sampai satu ketika, aku kena cornered ngan azazil ni (Tak tau, dia kata dia azazil). Dah taktau mana nak lari, aku cakap "Okey, okey... aku ikut kau."
Dia pun berenti terkam aku. "Jom, pergi kat tong sampah." kata dia.
Time tu la senior tarik dia turun dan aku pun selamat. Tapi sampai sekarang aku kesal ngan apa yang aku cakap. Sanggup ikut dia? Gila sungguh. Camtu ke bila kau terdesak, sanggup ikut setan???
Astaghfirullahal'azim. Moga Allah ampunkan aku dan selamatkan aku. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
SD = Seluar Dalam
Tapi still tak dapat tangkap pop corn tu apekebendanya
|
|
|
|
|
|
|
|
SD tu suar kecik la. Adoy asal paksa aku cakap....
|
|
|
|
|
|
|
|
syabas sebab kau sungguh suci murni. nak paham silalah buang huruf o, p, dan c dari perkataan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 2-12-2015 09:30 AM
aku ni dari kecik, sangat rapat ngan ayah, sangat baran cam ayah. Bila ayah mengamuk, aku pun join naik angin sekali walaupun aku sniri tak paham kenapa aku nak mengamuk.
pastu bila aku marah, selalu terbuat benda2 yang aku takleh buat pada hari biasa.
dan aku boleh rasa apa benda nak jadi. tapi tak pernah bagitahu orang pun. aku cuma tahu bila benda tu dah benar2 jadi.
dengan kebolehan2 ni aku perasan yang aku ni budak special. tambah pulak perangai bawak diri tak takut gelap, tak takut hantu, lagilah aku rasa aku special. masa tu lah.
darjah 6, aku dipindahkan ke sekolah tahfiz lain. ayah masih gigih nak kitorang hafal quran. layan jelah walaupun aku berangan2 nak jadi ahli astronomi.
Alhamdulillah kat sekolah baru ni kecenderungan aku terhadap 'pop corn' semakin menyusut. Aku lebih fokus mengaji dan mampu habiskan hafalan 30 juzuk al-Quran. Alhamdulillah. Kat sekolah baru ni hati aku rasa tenang sangat. Rasa sangat protected.
Aku boleh keluar pukul 3 pagi mengaji sorang2 kat blok lain tanpa rasa takut. Orang tido katil aku kena tindih. Aku tido situ 5 tahun xpernah pulak kena apape. Main dalam hutan masih jadi hobi aku. Masa hutan depan asrama aku kena tarah, aku nangis tersedu2 cam mati emak. Aku fikir aku ni enviromentalist.
Then... walaupun aku dah terdedah kepada 'pop corn' sejak kecik, tapi aku tak pernah berminat terhadap lelaki atau perempuan. Waktu budak sebaya aku mula pasang balak, buat kes dengan pelajar lelaki, kes aku pulak takde disiplin. Hidup ikut suka aku. Kemas dan sepahkan katil ikut suka. Seludup komik ikut suka. Tasmik quran ikut suka. Rasa nak buli warden, buli jer walaupun lepas tu kena sebat. Aku pun xtahu cemana aku hidup masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ya saya pun nak tau apa kebende pop corn ni,.. buang p, o dan c... yg tinggal rn. maksud u...video porn ke? |
|
|
|
|
|
|
|
huhu baru faham. unsangkarable. ganas sungguh TT ni. berani pulak tu. berapa dah umo TT sekarang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 2-12-2015 09:31 AM
sorilah, tetiba internet takleh connect malam tadi. Allah tau kot kalau tak potong internet gitu, aku akan menulis sampai pagi.
menulis ni pun minat dan kebolehan aku sejak kecik. aku selalu menuliiiiiiiiiiiiiiiiiiiisssss dalam kelas tanpa hiraukan bape kali ustazah denda. tak rasa bersalah langsung.
Tapi tentang pop corn ni maaflah. Aku tahu sesetengah forumer tulis dengan sejelas2nya benda yang berlaku pada dorg. Aku takkan tulisnya di sini. Sori kalau citer aku kurang thrill.
Aku cuma harap dapat tolong orang yang senasib ngan aku. Dan takmo pengalaman hidup ni hilang sesia jer.
Gila 'pop corn' aku jadi balik bila dah masuk kolej. Lebih tepatnya, dah masuk rumah sewa. Daripada cuma satu teknik yang kawan puaka aku tu bagi, yang aku amalkan selama sembilan tahun, aku up pulak ke teknik baru yang lebih celaka.
Maaf ya mod, aku mencarut. Maksiat tu tak manis langsung. Jangan cuba2 bayangkan ia manis.
Waktu tu akses internet dah mula meluas. Aku mula mengaruk bahan2 'pop corn' di cc. Tapi masih beragak lagi sebab tempat public kan.
Mesti korang pelik, dan geleng kepala cemana budak tahfiz yang hafal 30 juzuk cam aku bleh terjebak ngan benda ni kan. Mesti korang dah rasa cam nak ludah aku. Nasib baik aku nyorok balik skrin ni.
Persoalan tu sebenarnya membelenggu aku juga. Aku tak tahulah kenapa ayah beriya sangat nak aku hafal quran. Aku benci sebab dipaksakan tanggungjawab tu pada aku. Aku nak jadi manusia biasa jer. Ni kang kalau lupa masuk neraka... Belum kira dosa yang aku buat lagik.
Dalam masa yang sama, sebelah hati aku sayang ngan quran. Sebelah hati aku hormat dan sayang ngan guru-guru aku yang mendenda tanpa jemu.
Sebelah hati lagi benci jadi orang baik. Benci. Benci.
Haha... kompius tak. Camtulah aku hidup selama bertahun-tahun. Aku pun tak tahu cemana aku jalani masa tu. Jadi jahat dan baik dalam masa yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 08:08 AM
Sorang housemate aku ni, baikkk sangat orangnya. Lembuuuttt jer dan warak. Aku suke menempel kat dia. Kitorang berdua jadi rapat dan start buat solat jemaah dalam rumah tu.
Tapi dua bulan je suasana aman damai. Pastu taktau ngape aku jadi meluat giler ngan dia. Jadi nyampah gila. Nampak muka dia je aku rasa nak lempang2. Yang dia ni pulak sebab baik ati sangat, tak jemu2 buat baik ngan aku. Makin aku jauhi dan kasari dia, makin dia buat baik ngan aku. Rimas sangat, sudahnya aku jadi kepala angin ngan sume orang. Sume housemate nyampah ngan aku sebab berkasar ngan akak baik ati nih.
Aku dah tak join solat jemaah. Kembali buat hal sniri macam waktu aku kat skolah. Bercakap dan berbual ngan diri sniri. Cakap dalam hatilah, bukan cakap kat mulut. Aku rasa hati aku sentiasa berkomunikasi ngan aku dan bagi nasihat-nasihat bernas yang aku takleh dapat daripada orang lain.
Waktu ni dah start solat aku lintang-pukang. Malas giler nak solat. Setengah jam nak maghrib baru aku solat asar. Hari-hari camtu. Tapi tahajud aku tak tinggal. Mungkin sebab dah biasa berpagi2 kat sekolah tahfiz, aku memang jadi takleh tido pagi.
Last sekali lepas abis semester, aku ciao dari rumah tu tanpa jumpa sesiapa. Aku tinggalkan hadiah seutas jam tangan dalam loker akak baik ati ni sebagai tanda ingatan untuk dia. Sebenarnya aku sayang dia dan sangat appreciate persahabatan kitorang. Tapi aku pun xtau kenapa jadi gitu, kenapa aku tetiba rimas dan benci sangat tengok muka dia...
Last aku dengar dia dah kawen. Moga2 dia Allah pelihara hidup dia selalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba nak throwback masa aku darjah dua.
Satu malam, aku mimpi hantu. Situasi dia kat umah nenek, tempat aku membesar. Hantu tu nak masuk umah. Aku ternampak dia dari celah pintu. Badan dia macam batu besar. Mata dia kuning bersinar. Aku lari keluar bilik. Melalak-lalak cari nenek, tunjuk tangan aku yang tetiba dah bertukar jadi batu hitam.
Aku terbangun dari mimpi tu dalam keadaan menangis dan menggeletar. Aku lari masuk kelambu kakak aku. Badan aku menggeletar non-stop macam kena renjatan elektrik.
Tu pengalaman seram pertama dalam hidup aku. Yang nantinya jadi persoalan di belakang hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas habis diploma, aku menunggu untuk sambung belajar ke oversea. Waktu tu arwah nenek kesayangan aku meninggal. Aku sayang dia sangat... sebab dia yang besarkan aku. Nenek aku ni jenis kuat ngaji. Dialah yang biasakan aku dengan al-quran dan buat aku sayang al-quran, walaupun dah besar aku jadi naughty.
nenek aku ni pun suka menulis dan melukis. Dia tulis ilmu2 yang dia belajar dalam tulisan jawi dan bagi pada anak cucu. Dia lukis corak2 bunga kat kain pastu jahit sulam. Waktu dia meninggal aku ambik semua 'harta2 intelek' dia ni. Baju ke, emas ke apa aku tak heran. Aku lebih sayangkan buku2 dan lukisan dia.
Lepas dua bulan dia meninggal. Satu hari tu aku rinduuuuuuuuu sangat kat dia sampai nangis tak berenti. Waktu tu aku harap sangat dapat jumpa nenek. Dia balik sebagai hantu pun aku tak kisah. Aku rinduuuuuu sangat.
Malam tu Allah rezkikan aku jumpa dia. Aku mimpi nenek balik rumah. Muka dia maniiiiiisss sangat dan tersenyum tenang. Dia duk lepak2 atas katil tak cakap pape. Aku yang nangis2 peluk dan cium dia. Pastu aku balik umah kejap. Rumah kitorang berjiran. Bila nak pergi semula ke rumah nenek, ada hantu tarik tangan aku. Aku cakar-cakar tangan hantu tu suh dia lepaskan aku.
Tengah bergelut-gelut tu aku terjaga. Hujung jari aku rasa kasar. Rupanya aku cakar dinding.
Spoiled betullah. Kejap jer dapat jumpa nenek. Cemana pun pastu perasaan aku rasa lega dan tak nangis lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah sampai oversea. Aku namakan negara ni uganda. Aku sambung belajar dalam jurusan agama. Memang ustazah habislah aku ni.
Kat uganda ni, amalan Islam dorg sangat kuat. Tapi setannya pun sama kuat. Kat sini tak main tahyul2 macam dunia Melayu. Kalau setan nak rasuk, dia terus jadi manusia tu dan hidup normal cam tuan punya badan. Orang yang kena rasuk tu jadi cam bipolar. Kejap dia, kejap bukan. Mengilai ke apa, tak main dah.
Contohnya kawan aku ni. Time cuti dia gi travel negara lain. Bila balik ke uganda tetiba perangai dia pelik. jadi takmo belajar, marah sana-sini... Pastu baru tau rupanya dia bawa balik jin dari negara yang dia lawat. Dia tak sedar pun, sebab masa travel tu dia ada terkutip peniti. Dia ingat tu peniti dia, rupanya bukan.
Jin ni muslim. Yang kelakarnya jin tu jadi cam warden dalam rumah diorang. Bila ada housemate lagha sikit layan lagu kuat2 ke apa, jin ni sound. Nampak cam baik kan. Tapi kalau dah jin tu, jin juga. Time exam dia buat perangai. Sian member aku ni dah study gila2, tiba pagi exam jin tu takmo pergi exam. Tak memasal jadi murung dan kurung diri dalam bilik.
Tah apa ending kisah member aku ni. Dah lost contact. Aku harap dia berjaya buang jin tu keluar. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat amende la unsangkarable tu. Jenuh baca
Aku ni dah nak panjat 3rd series dah. Spesifiknya nanti aku bagitau secara kronologi ya. Hehee..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 2-12-2015 07:48 AM
Yang aku pulak masa 1st year tu pun kena sampuk. Dalam kepala aku sentiasa terbayangkan salib. Hendaknya bila pejam mata. Solat pun nampak salib atas sejadah. Aku taktau dah cemana nak buat. Last2 aku cakap ngan diri sniri, "kalau nak murtad, kau murtad la sorang2. Aku tak nak. Kalau murtad pun Allah tetap tuhan yang benar. Kau nak lari mana?"
Aku doa kalau Allah takdirkan aku murtad, biarlah aku mati sekarang sebelum perkara tu berlaku.
Dalam solat aku cuma baca surah al-Ikhlas je. Dari subuh sampai isyak baca al-Ikhlas. Bila ada waktu lapang aku tak buat benda lain. Terus capai quran, ngaji. Aku nak potong bisikan2 hati aku yang merepek2 maki tuhan. Sejak tinggalkan sekolah tahfiz, itulah masanya aku paling rajin baca quran. Alhamdulillah lelama benda tu pun hilang. Setengah tahun, ada kot. Aku pun tak perasan.
Dah kat uganda ni, bila dah makin banyak belajar, aku kian sedar yang aku buat dosa besar. Kegemaran aku layan pop corn tu sebenarnya zina hati. Zina mata. Zina tangan. Lama dah aku tahu, tapi susah betul nak tinggal. Rasanya macam perut lapar yang spontan aku akan cari nasi. Ni pulak lapar cari pop corn.
Istighfar, pastu buat lagi. Istighfar lagi. Buat lagi. Lagi. Lagi. Pusing kat tempat yang sama.
Tapi belum bebetul gila tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|