View: 6244|Reply: 0
|
Ais Krim Kelapa Pandan yang sangat sedap
[Copy link]
|
|
1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa ~ pilih kelapa yang wangi macam kelapa pandan. Ita guna 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tanbah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
Isi Kelapa Muda
2 sudu besar santan pekat
1 sudu teh ovellete
1 helai daun pandan ~ di simpul
Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk
Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar
Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan paling kurang 4 jam
Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.
Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.
Pukul tu terpulang, kalau kita nak dia gebu dan ringan kita pukul sampai dia kembang 2 atau 3 kali ganda. Tapi kalau suka aiskrim yang berat teksturnya pukul agak dia kembang sekali ganda aje dah ok!
Tuang dalam bekas atau loyang aluminium. Ita letak dalam loyang buat roti macam dalam gambar. Simpan dalam peti ais ruang beku semalaman hingga ia keras.
Bila dah keras bolehlah di hidangkan
Macam mana nak hidangkan
Kalau kat Kelantan, aiskrim kelapa di hidangkan bersama pulut. Memang sedap sangat bila makan terasa-rasa pulut yang lembut.
Resepi Pulut
1 cawan pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
1 helai daun pandan di simpul
Pewarna jika suka
Pulut rendam dulu hingga kembang. Kalau nak pulut berwarna rendam dengan sedikit pewarna. Bila dah kembang cuci bersih. Masukkan dalam periuk nasi bersama, santan cair, garam dan simpulan daun pandan. Tanak pulut hingga masak.
Bila dsah masak sejukkan dulu, kemudia bolehlah letakkan dalam mangkuk yang kita nak letak aiskrim tadi.
Scoop kan aiskrim yang telah kita sediakan tadi. Yang ni terpulang nak berapa scoop.. Sebab buat sendiri bolehlah letak banyak-banyak.
Ini yang istimewanya aiskrim kelapa Kelantan, kerana dia letak jely. Jely ni ita import khas dari Kelantan. Yang macam ni tak ada jual kat Johor. Tapi jangan risau kalau tak ada boleh buat jelly sendiri. Atau boleh gantikan dengan cendol lagi sedap!
Kemudian kita taburkan kacang. Kacang ni kacang tanah, goreng pas tu tumbuk kasar. Ada yang tak tumbuk dia letak sebijik-sebijik. Ita beli aje kacang yang dah siap tumbuk. Kalau tak suka kacang ni.. boleh gantikan dengan badam lagi sedap!
Akhir sekali... inilah kesedapannya.. lelehan gula Melaka.. pergh... lihatlah lelehannya tu.. tak sabarnya lah nak makan..
Sirap Gula Melaka
1 cawan gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Masak semua bahan hingga gula larut. Jika nak pekat bancuhkan sedikit tepung jagung dengan sedikit air dan masak sekali hingga dia pekat. Kemudian tapis. Tunggu sampai betul-betul sejuk baru curahkan atas aiskrim..
walla...
kredit:azlita masam manis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|