View: 2955|Reply: 0
|
Nak Anak Kembar, Mudah Saja, Teliti Cara Berikut..
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://nadisihat.com/
Sesuatu yang amat menyeronokan kalau ibu ayah dapat anak kembar. Tambah pula kalau dah bertahun menanti cahaya mata, tiba-tiba dapat berita gembira isteri hamil bayi kembar. Hanya dengan sekali saja menempuh frasa kehamilan dan kesakitan proses kelahiran, anda berjaya mendapat dua atau tiga orang bayi.
Tapi bukan mudah untuk memiliki anak kembar walaupun anda ada genetik itu ya Tapi jom, kita semak dulu cara yang bantu ibu ayah untuk dapat bayi kembar.
sumber foto : http://www.bucadogumcocuk.gov.tr/
1. Ada keturunan keluarga
Genetik daripada keluarga anda dan suami, boleh jadi kemungkinan besar anda juga mampu dapat anak kembar. Kalau semasa persenyawaan berlaku penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa, anda bakal dapat kembar yang diidamkan.
2. Umur pun main peranan
Wanita berumur 35 hingga 40 tahun ke atas ada potensi yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Sebab wanita di usia ini mengambil rawatan kesuburan yang akan menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi disebabkan proses tersebut diganggu oleh proses perimenopause.
3. Berat badan dan ketinggian
Wanita tinggi atau perempuan mempunyai berat badan yang lebih berat mempunyai potensi lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar.
sumber foto: http://weightlossguideforprocrastinators.com/
4. Diet protein
Bonus bagi anda yang suka ambil makanan mengandungi estrogen tinggi diyakini mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar. Protein ditemui dalam susu lembu, boleh meningkatkan jumlah telur yang dihasilkan oleh wanita. Serius, wanita yang suka minum susu cenderung memiliki bayi kembar lima kali ganda.
5. Ubat kesuburan
Ini meningkatkan peluang anda untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi. Ubat kesuburan clomid memberi 10 peratus peluang manakala gonal F menawarkan 30 peratus peluang untuk anda hamil anak kembar.
sumber foto : http://www.ganesha.or.id/
6. Doa dapat anak kembar
Paling mudah, amallah doa yang terkandung dalam surah As-Saaffaat, ayat 120 dan surah As-Syura, ayat 50. Kena istiqamah dalam mengamalkan ayat ini agar dimakbulkan permintaan.
sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/
7. Prosedur IVF
Kerap berlaku kalau pasangan mendapat rawatan persenyawaan bayi tabung uji atau Persenyawaan Luar Rahim yang dikenali sebagai IVF. Ini merangsang ovari supaya menghasilkan lebih daripada satu telur untuk meningkatkan kemungkinan kehamilan berjaya.
Ibu, jangan putus asa, setiap impian akan menjadi kenyataan kalau anda berusaha lebih. Semoga ada rezeki untuk anda dapat anak kembar suatu masa nanti! |
|
|
|
|
|
|
| |
|