CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 0

Nak Tahu Bayi Kena Kuning? Mesti Buat 3 Teknik Ini

[Copy link]
Post time 15-12-2015 06:54 PM | Show all posts |Read mode

"Alamak baby kena kuning la!" Itu dialog biasa yang selalu disuarakan oleh ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Zaman sekarang memang biasa sangat bayi kena penyakit kuning atau jaundis.
Selalunya orang akan sebut 'demam kuning'. Sebenarnya ia tidak melibatkan jangkitan demam. Ia adalah penyakit yang menyebabkan tubuh bayi berwarna kuning. Tahu tak apa sebab bayi mesti kena jaundis?(kebanyakan bayi akan kena)

Ia terjadi kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada badan. Okey apa pula bilirubin? Bilirubin adalah bahan dalam badan yang dihasilkan daripada proses pemecahan sel darah merah.
Bilirubin sepatutnya dikumuhkan oleh limfa tetapi disebabkan limfa bayi tidak matang, jadi ia tidak mampu dikumuhkan dalam tempoh yang cepat.


Bila sudah bergelar ibu ayah, anda mesti kena tahu cara untuk mengenal pasti bayi terkena jaundis atau tidak apabila sudah berada di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital. Bila sudah tahu cara ini, mudah untuk anda memantau keaadan bayi
ada jaundis atau tidak.

Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya senang untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak jenis berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.

1. Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.


2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.


3. Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.

Mudahkan? Jadi, jangan tunggu lama-lama. Mesti buat teknik ini pada bayi baru lahir anda!
sumber:pama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038488 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list