CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 0

Bimbang Anak Tiada Khasiat Sayur? Sila Cuba 8 Trik Ini

[Copy link]
Post time 15-12-2015 06:57 PM | Show all posts |Read mode


Nampaknya masalah anak tak suka makan sayur memang jadi masalah utama dalam kalangan ibu-ibu. Sudah puas membebel dan memaksa si kecil makan sayur, tapi anak tetap tak boleh terima hidangan sayur.

Kenapa agaknya kanak-kanak ada masalah dengan sayur ya? Kalau nampak sayur macam mereka nampak hantu pula. Salah satu puncanya mungkin disebabkan oleh cara penyediaan hidangan sayur yang membosankan.

Apa kata, ibu-ibu menyediakan menu sayur secara kreatif, enak dan yang paling penting, tetap sihat!


1. Cicah bersama sos

Biasanya kita makan cucur bilis atau udang dicicah bersama sos atau juga kentang goreng yang popular dicicah dengan sos. Apa kata potong sayuran seperti lobak merah, brokoli, kentang berbentuk jejari. Anda boleh menggoreng (salut tepung), panggang atau rebus dan makan bersama sos buatan sendiri atau sos biasa.
Mesti anak anda tak perasan pun mereka sedang makan sayuran!


2. Ubah spageti kepada tauge

Biasanya  kita makan hidangan sos bolognese bersama spageti. Apa kata kali ini kita tukar selera dengan menggandingkan sos berkenaan dengan tauge pula. Anda hanya perlu celur tauge seketika dan kemudian makan dengan sos bolognese. Untuk lebih sedap jangan lupa tambah bebola daging!


3. Pengganti sayur

Nak cuba tak hidangan nasi goreng rendah kalori? Yang ini sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Gantikan nasi dengan sayur bunga kubis. Anda hanya perlu parut hingga halus bunga kubus yang hendak digunakan sebagai bahan utama hidangan. Kemudian tumis bahan-bahan perencah yang lain seperti biasa. AKhir sekali masukkan bunga kubis parut yang menggantikan nasi sejuk. Jadilah nasi goreng rendah kalori. Rasanya boleh tahan sedap. Cubalah!


4. Jadikan roti burger

Apa kata tukar selera makan burger menggunakan roti burger kepada sayur-sayuran. Hanya apit kepingan daging burger yang telah dipanggang dengan sayur kegemaran anda. Tetapi pilihan sayuran yang sesuai seperti tomato, timun jepun dan terung panggang. Burger ini tentu lebih rangup dan yang pasti lebih sihat!


5. Sayur panggang

Apa kata cuba panggang beberapa jenis sayuran seperti bunga kubis(tak perlu potong). Anda boleh tambah dengan sedikit rempah atau herba seperti oregano, basil, rosemary dan lada hitam. Untuk si kecil anda boleh tambahkan madu atau susu rendah lemak sebagai tambahan. Kemudian masak ia sama seperti memasak jagung bakar. Hmm...memang enak rasanya.


6. Jadikan kerak piza

Selalunya sayur-sayuran digunakan sebagai topping piza.  Kali ini, tukar resipi biasa dengan menjadikan sayur-sayuran sebagai keraknya. Anda boleh cuba dengan bunga kubis sebagai kerak bagi menggantikan tepung. Ia lebih rendah karbohidrat dan yang pasti lebih sedap. Cara membuat kerak piza mudah sahaja. Parut halus bunga kubis dan jadikan dasar piza sebelum menambah sayur-sayuran lain sebagai toping piza yang ingin dihasilkan. Agak-agak anak anda teruja tak nak mencuba piza ini?


7. Gantikan pasta

Sayuran juga boleh digunakan sebagai pengganti pasta. Boleh guna parutan bunga kubis, brokoli ataupun tomato. Anda boleh memilih sama ada mahu menyediakannya dalam bentuk mentah, panggang. bakar atau celur. Untuk rasa lebih enak, boleh tambah dengan perahan jus lemon, sedikit minyak zaitun, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.


8. Pengganti makanan laut

Bagi yang alah kepada makanan laut, apa kata mencuba hidangan sayur yang berbeza ini. Nikmati pasta kegemaran anda bersama dengan timun jepun bagi menggantikan makanan laut seperti udang dan sotong yang biasa digunakan. Jangan buat hidangan pasta berkuah, sebaliknya, layurkan timun jepun sebelum ia ditumis dengan bahan perencah lain.

kredit: pama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069874 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list